Ahad 10 Ogos 2014 – Sekumpulan anak
muda yang menggelarkan diri mereka Anak Muda Prihatin Negeri Sembilan
(AMPNS) telah mengadakan demonstrasi aman di hadapan kilang Coca
Cola, Bandar Enstek, Nilai, N.Sembilan.
Jurucakap mereka Sdr Jai berkata tujuan
mereka mengadakan demonstrasi tersebut agar orang ramai khususnya di
Negeri Sembilan ini memboikot produk yang dihasilkan di kilang
tersebut terutamanya minuman Coca Cola.
AMPNS juga mendesak sekiranya Lembaga
Tabung Angkatan Tentera mempunyai saham dalam kilang berkenaan agar
menjual saham mereka dan melabur di kilang syarikat tempatan
khususnya yang diusahakan oleh bekas tentera.
AMPNS turut kesal anak syarikat Tabung
Haji iaitu TH Properties telah menjual tanah milik mereka untuk
didirikan kilang Coca Cola yang terbesar di rantau ini.
Lagi gambar sekitar demonstrasi
berkenaan di laman web Anak Muda Prihatin N.Sembilan di
http://ampns.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan