Baik dalam Pakatan Rayat, apatah lagi
dalam Barisan Nasional. Kita perlukan ahli, penyokong yang mempunyai
sikap yang kritis, kreatif bukannya menghina atau mengeji. Kita
perlukan mereka yang NO MAN semasa memberikan pandangan, idea,
cadangan, tetapi memerlukan mereka yang YES MAN apabila keputusan
telah ditetapkan dan perlu dilaksanakan secara bersama.
Saya tidak dapat mengulas panjang isu
ini, kerana terlalu banyak perkara sekeliling kita sendiri yang perlu
difikirkan, yang saban hari aduan diterima antaranya; masalah remaja
hamil luar nikah, masjid di Rembau yang terlalu amat kurang orang
solat jemaah 5 waktu, kedai judi di pekan Rembau yang ramai
dilanggani oleh orang Melayu, masalah rakyat yang begitu susah nak
beli rumah di Rembau kerana terlalu mahal, masalah anak-anak nak
masuk IPT bulan 9 ini ramai yang pening kepala mana nak cari duit
bayar yuran dan 1001 macam masalah yang perlu diselesaikan bersama
satu demi satu.
Macamana pun saya amat berpuas hati
dengan sikap pemuda PAS Rembau, bersemangat, mempunyai pandangan yang
berbeza-beza, memberikan idea dan pandangan yang kita tidak terikut,
tetapi akhirnya mereka laksanakan apa yang telah diputuskan dalam
mesyuarat.
Mungkin mereka yang dah terlalu lama
berpolitik boleh belajar dari anak-anak muda di Rembau ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan