Saya mendapat maklumat seorang pelajar
yang susah dari DUN Kota, Rembau memerlukan bantuan kewangan untuk
masuk ke UTM, Tahun 1 Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan bulan
September 2014 ini.
Ayah pelajar ini hanya bekerja kampung,
jual kelapa, emak pula suri rumah sepenuh masa, tinggal di Projek
Perumahan Rakyat Termiskin.
Tak pasti berapa yuran yang tertera
pada surat tawaran kerana gambar yang dikirim tidak jelas. Rasanya
sekitar RM900, belum masuk belanja urus diri dan sebagainya.
Kepada mereka yang membantu, aktivis
masyarakat yang menguruskan kes remaja hamil luar nikah sebelum ini
juga menguruskan kes pelajar-pelajar yang susah sebegini di Rembau.
Kepada mereka yang ingin membantu
aktivis masyarakat ini sila Whatsapp kepada saya 0122267406 agar
mereka yang prihatin boleh berurusan terus dengan aktivis masyarakat
ini.
Persoalan saya, boleh tak tabung masjid
digunakan untuk menguruskan kes sebegini, apatah lagi keluarga remaja
tadi adalah ahli kariah masjid tersebut?
Saya mempunyai 3 orang anak di IPTA,
walaupun IPTA ianya tetap memerlukan belanja yang banyak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan