Saya mendapat maklumat seorang pelajar perubatan Tahun 1 di
Universiti al Azhar, Mesir memerlukan bantuan. Kebiasaannya pelajar hanya boleh
memohon pinjaman/biasiswa MARA atau JPA atau Majlis Agama dan sebagainya
selepas Tahun 1, itu apa yang dimaklumkan kepada saya.
Untuk pengajian Tahun 1, keluarga pelajar berkenaan perlu
berusaha sendiri untuk membayar yuran pengajian dan sebagainya.
Pelajar tadi tidak dapat hendak membuat permohonan
pinjaman/biasiswa tersebut kerana tidak dapat menjelaskan yuran untuk Tahun 1
sebanyak RM 8,000 . Slip keputusan peperiksaan Tahun 1 pelajar tersebut ditahan,
menyebabkan dia tidak dapat membuat permohonan pinjaman/biasiswa.
Pelajar perempuan tersebut adalah merupakan anak sulung dari
empat orang adik beradik. Ayahnya bekerja sebagai pengawal keselamatan,
manakala ibunya bekerja sebagai seorang kerani di sekolah tahfiz swasta di
Seremban.
Kepada mereka yang ingin membantu samada memberi bantuan
tunai, pinjaman, duit zakat dan sebagainya sila Whatsapp saya 012-2267406 ,
saya akan berikan nombor tel ibu/bapa pelajar berkenaan agar dapat penjelasan
sepenuhnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan