KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20140818

Lebih 50 peratus sepatutnya layak masuk universiti telah ditolak


Kenapa media, TV3, Utusan Malaysia tidak mengetahkan isu ini sebagai tajuk utama “Headline” demi masa depan anak bangsa?

Lebih 50 peratus sepatutnya layak masuk universiti telah ditolak
16 Ogos 2014

Tiada menteri yang sanggup mengambil tanggungjawab akibat kegagalan UPU yang mengancam masa depan pelajar.

Kadar pengambilan pelajar masuk ke IPTA semakin menurun. Apakah pihak kerajaan telah mengurangkan dana untuk pelajar yang layak memasuki IPTA?

Statistik telah menunjukkan pada sesi pengambilan tahun 2013-2014, seramai 68,702 pelajar telah memohon, daripada jumlah itu, seramai 57, 802 pelajar didapati layak tetapi hanya 41,573 pelajar yang diterima masuk ke IPTA.

Tetapi pada sesi pengambilan tahun 2014-2015, seramai 74,071 pelajar telah memohon, dan daripada jumlah itu seramai 67,388 pelajar yang layak.

Namun, hanya 37,467 pelajar yang berjaya menempatkan diri di IPTA.

Masalah ini berulang setiap tahun, dan ini membuktikan bahawa Unit Pusat Universiti (UPU) Kementerian Pendidikan telah gagal menjalankan proses pemilihan kemasukan IPTA dengan cekap dan telus.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Terdapat peruntukan untuk meningkatkan kemasukan pelajar pasca ijazah terutama dari luar negara di IPTA. Tempat tidak berubah tetapi pelajar ijazah pertama tempatan ditukarganti dengan pelajar pasca ijazah terutama dari luar negara.