KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20150608

Bencana ada di mana-mana, termasuk di Gunung Datuk, Rembau




96 peserta, enam jurupandu cemas puncak gunung dipanah petir
28 November 2012

REMBAU – “Saya tidak dengar bunyi petir, tetapi saya nampak cahaya yang seribu kali lebih terang daripada cahaya kamera,” kata salah seorang jurupandu Gunung Datuk yang hanya ingin dikenali sebagai Din, 30-an, ketika ditemui di kaki Gunung Datuk, dekat sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 3 petang itu, seramai 96 peserta yang mendaki gunung sempena Program Fasilitator Unggul, Melaka dan enam jurupandu berhadapan detik mencemaskan apabila bahagian atas puncak gunung itu dipanah petir dan aliran arusnya mengalir ke lokasi mereka berlindung di dalam sebuah gua di lokasi berkenaan.

Akibat kejadian itu, empat peserta kini ditahan di wad Hospital Tampin (HT) untuk rawatan lanjut susulan mengalami kecederaan, kebas, hipertermia atau kesejukan melampau dan anemia.

Dua sahabat dihempap pokok

REMBAU – Hajat dua sahabat baik untuk beriadah di Hutan Lipur Gunung Datuk, dekat sini berakhir dengan tragedi apabila mereka dihempap dahan pokok reput sebaik saja sampai ke kawasan itu, semalam menyebabkan seorang daripadanya meninggal dunia.

Kedua-dua mangsa dikatakan baru saja turun daripada motosikal sebelum dihempap dahan pokok pulai dianggarkan berusia 200 tahun.

Sementara itu, Penyelia Hutan Lipur Gunung Datuk, Abdul Rahman Idrus berkata, ketika kejadian, kira-kira 100 pengunjung berada di tapak kaki gunung berkenaan, , manakala lebih 100 lagi, sebahagian besar peserta kem anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah sedang mendaki gunung.

“Keadaan cuaca baik dan tiada sebarang angin kencang. Bagaimanapun, secara tiba-tiba kami dikejutkan dengan bunyi pokok tumbang sebelum mendapati dua mangsa terhempap dahan berkenaan,” katanya.

Sinar Harian
16 Okt 2011

Tiada ulasan: