KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20150601

Kawal penggunaan nama homestay



Saya cadangkan agar DBP menjenamakannya sebagai Ruseha (Rumah Sewa Harian) dan melarang istilah homestay kerana ianya bukan bahasa kebangsaan.


Kawal penggunaan nama homestay
1 Jun 2015

Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan perlu mengawal penggunaan nama inap desa atau homestay bagi mengelak ia disalah guna mereka yang bukan mengusahakan industri inap desa.

Timbalan Exco Pelancongan, Pembangunan Sungai, Pantai dan Pulau negeri, Datuk Ghazale Muhamad berkata, ini kerana, semakin ramai pemilik rumah yang menggunakan jenama homestay ini dan menyewakan rumah mereka kepada pengunjung.

Beliau berkata, jenama homestay ini merupakan satu jenama khusus yang diwujudkan kementerian untuk kediaman di kampung yang mengambil bahagian dalam program homestay.

“Jangan keliru dengan keadaan di mana ada rumah sebuah yang disewakan dan dinamakan sebagai homestay. Mengikut takrifan kementerian, ini bukan homestay tetapi home to stay.

“Kami sudah minta kementerian mengawal penggunaan nama homestay ini supaya penggunaannya dengan sewenang-wenang tidak akan merosakkan jenama homestay ini,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.


Tiada ulasan: