Saya ingin mencadangkan untuk membiayai kos pembaikan jalan
yang dikatakan sering rosak di kawasan jalan kampung Lubok China-Astana
Raja-Kota dalam kawasan parlimen Rembau, agar dikenakan tol untuk lori treler
yang berat berkemungkinan lebih muatan yang sering melalui kawasan ini tidak
kira siang malam.
Saya ingin mencadangkan juga agar stesen jambatan timbang di
bina di laluan ini atau dipindahkan stesen jambatan timbang yang terletak di
Pedas ke kawasan ini.
Gambar ini dikirim oleh orang kampung sekitar pada jam 11:09
pagi , 3 Jun 2015 di bulatan Astana Raja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan