KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20150609

Sains umum 
kenaikan tarif air

Kenaikan tarif air untuk komersial dan industri secara tidak langsung akan meningkatkan kos operasi yang akan menyebabkan kenaikan kos perkhidmatan dan harga barangan yang akan ditanggung oleh pengguna atau rakyat.


Sains umum 
kenaikan tarif air
9 Jun 2015

REMBAU 8 Jun - Berkuat kuasa 1 Mei lalu, kadar tarif air bagi kegunaan untuk komersial, industri telah dinaikkan antara 35 sen hingga RM1.10 dan kadar rata sebanyak 40 sen bagi bangunan kerajaan di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan menjelaskan, bagi jenis pengunaan perdagangan dan perindustrian kadar baharu yang dikenakan bagi penggunaan air dari sifar hingga 35 meter padu adalah sebanyak RM1.85 berbanding tarif lama sebanyak RM1.50.

Sementara itu, bagi penggunaan melebihi 35 meter padu pula dikenakan sebanyak RM2.70 berbanding tarif lama sebanyak RM1.60.

“Bagi bangunan kerajaan, institusi kerajaan, institusi berkanun dan bangunan badan berkanun pula, kadar baharu yang dikenakan adalah sebanyak RM1.40 berbanding kadar lama sebanyak 60 sen.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Merasmikan Jajaran Baru Bekalan Air dari Loji Rawatan Air Sawah Raja ke Rembau dan Penyampaian Sumbangan Sempena Sambutan Ramadan di Astana Raja dekat sini hari ini.

Mohamad juga pada masa sama menegaskan tidak ada kenaikan tarif bagi pengguna domestik yang merupakan 70 peratus daripada lebih 288,000 pengguna di negeri ini selain mengumumkan penamatan pengambilan air terawat sebanyak dua juta gelen sehari dari Melaka sejak 1 Mei lalu.

Tiada ulasan: