KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20150624

Jual daging besar-besaran di perkarangan masjid sambut raya?



Perkataan 'mantai' dalam dialek Negeri Sembilan bermaksud membantai iaitu hari di mana umat Islam bergotong-royong melapah daging, menjual, menyediakan makanan keperluan Hari Raya.

Dengar ceritanya pada 14 Julai 2015 nanti bersamaan dengan 27 Ramadhan akan diadakan satu Program Mantai Perdana iaitu menjual daging pada harga yang amat murah di salah sebuah perkarangan masjid di Seremban ini.

Sesuai ke program ini dibuat di perkarangan masjid pada 10 malam terakhir bulan Ramadhan?

Tidakkah ianya akan mengganggu para jemaah yang beribadah? Walaupun ianya diadakan di perkarangan masjid, sudah pasti akan berlaku kesesakan yang luar biasa dan suasana riuh rendah apabila orang ramai berebut-rebut membeli daging pada harga yang murah ini.

Rasanya banyak tempat boleh dilakukan program Mantai Perdana ini, antaranya seperti di tapak pasar tani perkarangan Stadium Paroi atau di PAKAR FAMA Paroi, di mana tempat ini memang tempat penjualan barang basah dengan tempat letak kereta yang selesa.

Atau ini hanya khabar angin?

Tiada ulasan: