KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20150624

Perlis haramkan guna surat khabar bungkus makanan



Perlis haramkan guna surat khabar bungkus makanan
23 Jun 2015

KANGAR – Kerajaan negeri Perlis akan menguatkuasakan undang-undang bagi melarang penggunaan kertas surat khabar sebagai pembungkus makanan yang didakwa boleh menyebabkan penyakit kanser.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Penjaja dan Peniaga Kecil negeri, Mat Hassan berkata, kertas surat khabar didapati digunakan secara meluas oleh peniaga di seluruh Perlis termasuk untuk membungkus pisang goreng dan kuih-muih.

“Sebenarnya, kertas surat khabar mengandungi bahan kimia berbahaya iaitu karsinogenik pada bahagian dakwatnya yang boleh menjejaskan sistem penghadaman seseorang selain meningkatkan kandungan toksik dalam badan manusia yang menjadi punca kanser,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran Kempen Keselamatan Makanan di bazar Ramadan Arau di sini semalam.

Tiada ulasan: