Semenanjung Malaysia pun telah mengalami beberapa gegaran
kecil sebelum ini.
Ranau, Sabah dilanda gempa bumi 5.9 Richter
5 Jun 2015
KOTA KINABALU: Satu gempa bumi dengan kekuatan 5.9 pada
skala Richter berpusat di 6.1 utara, 116.6 timur, kira-kira 16 kilometer di
barat daya Ranau berlaku jam 7.15 pagi tadi.
Gempa yang dikesan di kedalaman 54 kilometer di bawah tanah
itu dirasai di sekitar Ranau, Tambunan, kawasan pedalaman dan pantai barat
termasuk Tuaran, Kota Kinabalu, Beaufort dan Kota Belud.
Difahamkan, beberapa premis perniagaan termasuk bank dan
pejabat kerajaan mengalami keretakan serta cermin pecah berikutan gegaran kuat
berkenaan.
Di Kota Kinabalu, penduduk di apartmen serta kakitangan awam
dan swasta di bangunan tinggi diarahkan mengosongkan premis serta-merta.
Koleksi berita kejadian gempa di Malaysia sebelum ini di http://gempamalaysia.blogspot.com
TIADA GEMPA SUSULAN DI KUALA PILAH
30 Nov 2009
Empat kejadian gempa yang berpusat di 22km timur Seremban
mula dikesan jam 2.30 petang Ahad, manakala tiga gegaran berikutnya berlaku
dalam tempoh 24 jam seterusnya.
Menurut kenyataan JMM semalam, kejadian 12.15 awal pagi
semalam berukuran 3.3 pada skala Richter, sementara terakhir pada 2.30 petang
pula pada bacaan 3.0 skala Richter.
Gempa bumi lemah ini pertama kali muncul di Kuala Pilah.
Sebelum kejadian ini, sejak penghujung 2007, Malaysia
mencatatkan 40 gempa bumi lemah, tetapi yang ketara 37 daripadanya berlaku di
sekitar garisan gempa bumi di Bentong, Pahang.
Tiga lagi gempa bumi itu di Manjung (Perak) dan Jerantut
(Pahang).
JMM dilaporkan berkata sejak November 2007 sehingga Mei
tahun lepas, sebanyak 29 gempa bumi dicatatkan di kawasan Bentong.
Kes terbaru pada 8 Okt lepas bagaimanapun mencatat gempa
bumi paling kerap, sebanyak lapan kali dari pukul 4.45 pagi hingga 12.05 tengah
hari, bermagnitud antara 1.1 hingga 2.8 skala Richter.
Kesemua gempa bumi itu dikesan di sekitar Bukit Tinggi dan
Janda Baik yang mempunyai garis sesar berukuran 15 kilometer lebar dan 70
kilometer panjang.
Koleksi berita kejadian gempa di Malaysia sebelum ini di http://gempamalaysia.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan