KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20150630

Rumah pusaka musnah terbakar





Rumah pusaka musnah terbakar
30 Jun 2015

REMBAU –  Mangsa, Rosli Mohamad, 40 berkata, rumah pusaka berusia lebih 50 tahun yang musnah 100 peratus itu mengakibatkan kerugian dianggarkan bernilai RM20,000.

"Semua barangan, dokumen penting termasuk wang tunai RM200 yang disimpan sedikit demi sedikit bagi persiapan membeli baju raya anak-anak musnah terbakar. Malah, hadiah perkahwinan mereka suami isteri berusia lebih 10 tahun lalu berupa set pinggan mangkuk yang masih belum digunakan juga hangus.

“Saya tidak pernah guna hadiah berkenaan kerana kami suami isteri menunggu hari istimewa untuk menggunakannya.  Cadangnya raya tahun ini, kami mahu menggunakan set pinggan mangkuk berkenaan bagi menghidangkan juadah hari raya buat tetamu yang datang," katanya.

"Sebelum ini saya tinggal di Melaka bersama isteri dan tiga anak berusia tiga hingga sembilan tahun tetapi awal tahun lalu, saya nekad untuk pulang dan menetap di kampung halaman.

"Bagaimanapun, sepanjang bulan Ramadan ini, saya tinggal di rumah bapa saudara saya bagi memudahkan urusan membantu kakak sepupu yang berniaga di Pasar Ramadan Pekan Rembau," katanya.

Rosli yang berniaga air kelapa secara kecil-kecilan berkata, petang kelmarin isterinya balik ke rumah itu untuk memberi makan kucing dan keluar selepas  memastikan setiap peralatan elektrik kecuali peti ais ditutup suis.

Tiada ulasan: