Petang tadi saya berkesempatan
menghulurkan sumbangan yang dihulurkan oleh orang ramai kepada
seorang aktivis masyarakat di Rembau iaitu “Ibu Ida”. “Ibu Ida”
membawa saya melawat seorang wanita warga emas berusia 71 tahun yang
sudah 3 tahun lumpuh tidak dapat bergerak, hidup seorang diri iaitu
Wan Mok.
Wan Mok tidak mempunyai anak atau
saudara mara. Hanya “Ibu Ida” dan orang kampung yang datang
membantu beri makan, memandikan Wan Mok dan lain-lain urusan.
Wan Mok tinggal di sebuah rumah kecil
di Kg Rendah, Rembau di DUN Chembong.
Mereka sekitar Rembau amat digalakkan
menziarahi Wan Mok, lihat sendiri bagaimana Wan Mok yang lumpuh ini
hidup seorang diri.
“Ibu Ida” banyak membantu
mereka-mereka yang susah seperti Wan Mok di Rembau.
“Ibu Ida” adalah merupakan aktivis
masyarakat yang tiada kaitan dengan PAS dan Pakatan Rakyat. Justeru
itu saya mengharapkan kenalan saya dari Umno yang keberatan untuk
menghulurkan bantuan melalui saya eloklah berhubung terus dengan “Ibu
Ida” melalui tel/Whatsapp 017-3326458.
Kepada mereka yang ingin menghulurkan
bantuan untuk Wan Mok dan ramai lagi yang senasib seperti Wan Mok
melalui “Ibu Ida” boleh juga melalui saya tel/SMS/Whatsapp
012-2267406 , PM FB : Rozmal atau rozmal@yahoo.com
“Inilah jihad saya buat masa ini”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan