Semoga wartawan di Malaysia,
terutamanya wartawan Muslim dapat mencontohi wartawan Rusia ini yang
menjaga etika kewartawanan, iaitu hanya melaporkan kebenaran, jika
dinafikan hak melaporkan kebenaran bersara dari menjadi wartawan.
19 Julai 2014
Seorang wartawan Russia Today bersara
hari ini sebagai tanda membantah cara mereka laporkan berita mengenai
pesawat Malaysia Airlines MH17 terhempas.
Sara Firth, seorang wartawan untuk
syarikat milik Kremlin semenjak 2009 umumkan keputusan beliau untuk
meninggalkan syarikat tersebut melalui laman Twitter beliau dengan
kenyataan, “I resigned from RT today. I have huge respect for many
in the team, but I am for the truth.” (Saya telah bersara dari RT
(Russia Today) hari ini. Saya hormati ramai di situ, namun saya ingin
sokong kebenaran).
Menurut laporan The Rakyat Post, Sara
sudah lali dengan teori konspirasi yang menyalahkan Ukraine di
sebalik kejadian malang MH17.
Menurut laporan The Guardian, Sara juga
tidak bersetuju dengan tindakan Russia menyalahkan Ukraine. Sara juga
pernah mengakui dalam sebuah wawancara pada tahun 2012 sekiranya
beliau terpaksa menutup kebenaran dalam sesuatu cerita beliau lebih
rela berhenti kerja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan