KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20150131

Remaja perempuan dari Rembau ini perlu bantuan untuk pembedahan


Adik Nurul Hidayah bt Mokhtar pelajar SMK Dato Undang Haji Adnan dari Taman Rembau Utama, N.Sembilan akan menjalani pembedahan tulang belakang di Pusat Perubatan Universiti Malaya pada 10 Feb 2015. Ayahnya hanya bekerja sebagai peniaga pisang goreng di Rembau. Kos pembedahan ialah RM23,100.00.

Setakat ini duit yang dikumpul serta bantuan yang diterima hanya cukup untuk kos pembedahan. Keluarga ini perlu kita bantu, kerana mereka hanya peniaga pisang goreng di kampung. Mereka akan memerlukan kos yang banyak untuk rawatan susulan serta berulang alik ke hospital. Perniagaan warung goreng pisang mereka terpaksa ditutup sementara untuk menguruskan rawatan anak kesayangan mereka ini.

Mereka yang ingin membantu keluarga ini bolehlah menghubungi terus ayah adik Nurul iaitu Encik Mokhtar bin Abdullah 017-3734218.

Yang menjalankan amanah,
Hj Rozmal bin Malakan
9:55 pagi , 31 Jan 2015
Seminar PAR
Langsung dari One Garden Hotel, Senawang

20150130

JPA GAGAL kesan peminjam sejak 1992?



Macamana JPA dengan staf yg ramai, ramai pakar IT, boleh link dgn PDRM, JPN, Imigresen, LHDN, KWSP gagal kesan peminjam sejak 1992? Dah 23 tahun.

Hari ni dapat surat Peringatan Bayaran Pinjaman Pelajaran JPA utk seseorang yg saya jamin merupakan anak buah rakan sekerja saya pada tahun 1992 di Kajang.

Bekas rakan saya tadi tidak dapat dihubungi dan anak buah dia pun tak pernah saya jumpa.

Nama peminjam tersebut ialah Rozita binti Abdu Ghafar, No 7, Jln Melor 1B, Desa Melor, 48200 Serendah, Selangor. Ruj JPA : JPA(L) A2042113 Universiti Malaya Ijazah Pertama.

Kpd sesiapa yg ada alamat dan no tel terkini Rozita harap hubungi saya 0122267406 , rozmal@yahoo.com agar boleh saya panjangkan maklumat ini kpd pihak JPA.

JPA perlu mencontohi PDRM yg dapat menjejaki ahli IS hingga ke lubang cacing.

Kenapa sekarang tiba tiba edar surat peringatan? Adakah kerana ekonomi negara tidak gawat?


Mereka yang tidak solat Jumaat pada 30 Jan 2015




Gambar ini diambil pada 30 Jan 2015 oleh isteri salah seorang AJK Masjid Bandar Baru Senawang ketika jemaah lain sedang solat Jumaat.

Sekiranya mereka ini anak-anak tuan , sila nasihati mereka agar tidak membuat bising ketika khatib sedang berkhutbah dan solat jemaah bersama.

Lagi gambar mereka yang tidak solat Jumaat di

Langgar, culik tengah jalan




Dah banyak kes macam ini sekarang. PDRM pun dah keluarkan peringatan di TV semalam. Harap semua pengguna jalanraya lebih berhati-hati

Langgar, culik tengah jalan
29 Jan 2015

Kuala Lumpur: Langgar, culik dan samun. Itu taktik digunakan dua lelaki yang berpura-pura terlanggar sebuah kereta sebelum menculik tiga beradik dan menyamun mereka dalam kejadian di Jalan Syed Putra, di sini, Isnin lalu.

Difahamkan, sebaik merampas telefon bimbit, barangan kemas dan wang tunai dianggarkan RM20,000, suspek membebaskan mangsa di tepi jalan raya di Klang selepas membawa mereka sejauh 40 kilometer dari lokasi ‘diculik’.

Dalam kejadian jam 6.30 pagi itu, kereta dipandu seorang lelaki berusia 26 tahun bersama dua adik perempuannya dilanggar dari belakang ketika melalui Jalan Syed Putra.

Menurut sumber, mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa berhenti dan mahu berbincang dengan suspek, tetapi terkejut diacu pisau sebelum dipaksa masuk ke dalam kereta penjenayah itu.

“Suspek menutup muka mangsa dengan baju sebelum membelasahnya selama beberapa minit.

“Seorang lagi penjenayah mengarahkan adik perempuan mangsa keluar dari kereta, namun mereka enggan menyebabkan suspek memecahkan cermin kereta dan menarik mereka keluar,” katanya di sini, semalam.

Sumber berkata, suspek kemudian membawa mereka beredar dari kawasan terbabit dan memaksa mereka menyerahkan barangan berharga.

“Mangsa yang ketakutan merayu dilepaskan, namun suspek membelasahnya.

“Suspek merampas telefon bimbit, wang tunai dan barangan kemas sebelum membebaskan mereka selepas dua jam menjadi tawanan,” katanya.

Menurutnya, akibat kejadian itu, mangsa lelaki lebam seluruh badan dan terpaksa pulang ke rumah menaiki teksi.

“Mangsa tampil membuat laporan di Balai Polis Tun HS Lee untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad mengesahkan menerima laporan dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

http://www.hmetro.com.my/node/27139

20150129

Penjualan minuman keras di 76 kedai serbaneka di Melaka akan dikaji semula



Negeri Sembilan bila pula ?


Penjualan minuman keras di 76 kedai serbaneka di Melaka akan dikaji semula
28 Jan 2015

AYER KEROH: Penjualan minuman keras di semua 76 kedai serbaneka di Melaka akan dikaji semula berdasarkan komposisi masyarakat yang tinggal di kawasan sekitarnya.

Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron, berkata jika kedai itu terletak di kawasan mempunyai jumlah penduduk Islam melebihi 90 peratus, pemiliknya perlu menghentikan penjualan minuman berkenaan dengan serta-merta.

Katanya, semua pihak berkuasa tempatan (PBT) sudah diarah untuk meneliti komposisi kaum di sekitar kedai serbaneka terbabit, sebelum keputusan mengenainya dibuat.

"Kita hanya membenarkan penjualan minuman keras di kedai serbaneka yang terletak di kawasan mempunyai penduduk Islam bawah 90 peratus.

"Perkara ini juga sudah dipersetujui antara kerajaan negeri, PBT dan pihak pengurusan kedai serbaneka di negeri ini dan tindakan perlu dilakukan dengan serta-merta," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat EXCO kerajaan negeri di Seri Negeri, sebentar tadi.

Perlu dibantu



SMS berikut diterima dari seorang ibu tunggal yang kematian suami, mempunyai 4 org anak masih bersekolah rendah/menengah, menyara hidup dgn menjual nasi lemak, jika ada yg boleh bantu sila hubungi saya 0122267406.

Hj Rozmal bin Malakan,
29.1.15

"Assalam.sya ..... yg msg pasal rmh sewa aritu. sya terpaksa keluar akhir bln ni.mau x mau sya terpaksa amik rumah yg sewanya rm450.utk smtara waktu menunggu giliran permohonan rumah PPR flat jasmin.tujuan sya msg ini nak mnta bantuan utk mbayar deposit rumah yg bakal sya duduki awal februari ni.kalau ada sesiapa yang boleh pinjamkan saya wang deposit itu sementara sya memohon bantuan baitulmal bagi byr balik wang yg sya pnjam itu. sya sangat perlukan rumah itu kerana sya terpaksa keluar dr rmh sekrg 31hb Januari ini.tuan boleh dtg ke alamat saya di no .... jln ..... , tmn.marida, senawang dekat dgn petronas. terima kasih atas keperihatinan tuan.wassallam.