KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20150113

Penyamun lebuh raya dihadapkan ke mahkamah




Penyamun lebuh raya dihadapkan ke mahkamah
13 Januari 2015

SEREMBAN - Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban, di sini, semalam kerana didakwa mencederakan sepasang suami isteri ketika menyamun mereka di Kilometer 246 Lebuhraya Utara - Selatan arah Selatan pada 30 Disember lalu.

Radzy Razali yang kelihatan tenang semasa kedua-dua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Datuk Jagjit Singh Bant Singh, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan meminta dibicarakan.

Bagi pertuduhan pertama, Radzi didakwa mendatangkan kecederaan kepada Chong Kar How, 25,  mengambil dompet, kad ATM, telefon bimbit, permit pekerja Singapura, wang tunai RM600 dan SD60 kepunyaan mangsa.

Bagi pertuduhan kedua, Radzi didapati melakukan perbuatan serupa terhadap Wong Wei Yun, 25, selain turut bertindak melarikan kad pengenalan dan pasport milik wanita terbabit.

Kejadian itu berlaku kira-kira jam 3 pagi, selepas suami isteri berkenaan terlibat dalam kemalangan semasa menuju ke Singapura, ekoran kereta Honda City dinaiki terbabas ke bahu jalan akibat tayar pancit.  

Selepas mendengar rayuan dan penjelasan tertuduh, mahkamah kemudian membenarkan Radzi diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin yang mesti beralamatkan di Seremban dan kes akan disebut semula pada 13 Februari depan.

Sebagai syarat tambahan, tertuduh juga diperintahkan agar melaporkan diri di Balai Polis Seremban 2, dekat sini, pada hari Isnin kedua, setiap bulan.



Tiada ulasan: