Hilang pergi kedai
Harian Metro 8 Jan 2015
Johor Bahru: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan
tahun dan abangnya berusia 11 tahun didapati hilang sejak 9 malam semalam.
Ibu saudara mangsa, Azrizah Ahmad, 44, berkata, kejadian
berlaku ketika kedua-dua beradik keluar untuk membeli minuman di kedai
berhampiran.
Menurutnya, ketika itu, ibu mangsa, Azriana Ahmad, 30,
sedang mengajar mengaji di bangunan rumah kedai di Jalan Pinang 52, Taman Daya.
"Anak saudara saya tinggal bersama ibu, bapa tiri dan
adik lelaki mereka berusia dua tahun.
"Mereka sesekali keluar membeli minuman, namun kejadian
seumpama ini tidak pernah berlaku sebelum ini.
"Sepupu saya (ibu kanak-kanak) sudah menghubungi
keluarga mentua dan mereka juga terkejut dengan kejadian berkenaan.
"Saya membuat laporan polis di Balai Polis Taman Setia
Indah malam tadi (semalam).
"Hingga kini kami tidak menerima sebarang maklumat
berkaitan mereka," katanya ketika dihubungi tadi.
Jurucakap Polis Balai Taman Setia Indah mengesahkan menerima
laporan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan