KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20150114

Cuaca Fenomena Pelik di Rembau


Rembau sedang menghadapi catuan air sekarang, selang sehari air dicatu. Angin bertiup amat kencang sekali, menerbangkan atap, khemah, menumbangkan pokok. Hanya kepada ALLAH kita mohon keampunan dan mohon perlindungan serta pertolongan. Manusia lemah.

Belukar belakang rumah terbakar
14 Januari 2015

REMBAU – Seorang suri rumah tidak menyangka bunyi desiran yang disangka pada mulanya bunyi daun pokok kelapa yang ditiup angin kuat rupa-rupanya adalah bunyi api yang sedang marak.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, suri rumah berkenaan, Norhabibah Nordin, 45, segera meninjau dari tingkap dapur rumahnya selepas bunyi itu makin kuat dan terkejut apabila melihat api sedang marak berhampiran rumahnya.

“Risau juga sekiranya angin kuat akan menyebabkan api menyambar pokok di perkarangan rumah sewa ini,” katanya ketika ditemui di Desa Permai Kundur, dekat sini, semalam.

Norhabibah berkata, sebaik bomba tiba, kawasan belukar yang terbakar sudah semakin merebak dan api juga masih marak.

Menurutnya, dia baru sahaja lima bulan menyewa di kawasan berkenaan kerana mengikut suaminya, Ahmad Suhaimi Abdul Rani, 48, bekerja di projek pembinaan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Rembau.

“Mujur anggota bomba segera sampai dan akak sebelum ini tidak pernah melihat api marak seperti ini," katanya.

Tiada ulasan: