KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20150129

Penjualan minuman keras di 76 kedai serbaneka di Melaka akan dikaji semula



Negeri Sembilan bila pula ?


Penjualan minuman keras di 76 kedai serbaneka di Melaka akan dikaji semula
28 Jan 2015

AYER KEROH: Penjualan minuman keras di semua 76 kedai serbaneka di Melaka akan dikaji semula berdasarkan komposisi masyarakat yang tinggal di kawasan sekitarnya.

Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron, berkata jika kedai itu terletak di kawasan mempunyai jumlah penduduk Islam melebihi 90 peratus, pemiliknya perlu menghentikan penjualan minuman berkenaan dengan serta-merta.

Katanya, semua pihak berkuasa tempatan (PBT) sudah diarah untuk meneliti komposisi kaum di sekitar kedai serbaneka terbabit, sebelum keputusan mengenainya dibuat.

"Kita hanya membenarkan penjualan minuman keras di kedai serbaneka yang terletak di kawasan mempunyai penduduk Islam bawah 90 peratus.

"Perkara ini juga sudah dipersetujui antara kerajaan negeri, PBT dan pihak pengurusan kedai serbaneka di negeri ini dan tindakan perlu dilakukan dengan serta-merta," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat EXCO kerajaan negeri di Seri Negeri, sebentar tadi.

Tiada ulasan: