Zalim, tapi dalam pada masa yang sama perlu ada adab
berjiran mereka yang membela kucing. Pernahkah adab berjiran membela kucing ini
dibicarakan dalam khutbah Jumaat, Forum Perdana dan sebagainya?
Tujuh kucing mati diracun
16 Januari 2015
PASIR PANJANG - Seorang pencinta kucing terkilan apabila
tujuh kucing peliharaannya mati di garaj rumahnya sementara tiga lagi hilang
kira-kira jam 11.30 pagi Selasa lalu.
Muhamad Noh Othman berkata, kebiasaannya kucing
peliharaannya akan mengejarnya setiap kali dia pulang ke rumah.
Namun, pada Selasa lalu, tiada seekor pun kucing
peliharaannya yang datang mengejarnya seperti biasa.
“Memang pelik dan yang memeranjatkan saya apabila terlihat
empat ekor kucing sudah kaku di garaj rumah. Setelah saya memeriksanya, saya
dapati mulutnya berbuih,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
Manakala tiga ekor kucing lagi dalam keadaan tidak bermaya
dan kemudiannya turut mati.
“Sementara tiga lagi ekor kucing hilang entah ke mana
sehingga hari ini (semalam) masih belum balik ke rumah. Saya pasti, kucing itu
juga kini sudah mati. Saya membela 16 ekor kucing dan enam lagi masih hidup,”
katanya.
Muhamad Noh berkata, sebaik kejadian itu, dia terus menemui
jiran sebelah rumahnya untuk bertanyakan hal berkenaan.
“Saya memang mengesyaki jiran yang menjadi punca
kucing-kucing saya mati dan ketika ditanya mengenai kejadian itu jiran mengaku
menabur perut ayam yang diletakkan racun di depan rumahnya walaupun pada
awalnya dia berdolak-dalik.
“Pada awalnya dia memberi alasan racun berkenaan untuk
memusnahkan biawak, setelah didesak akhirnya dia mengaku melakukan kesalahan
itu lalu memohon maaf,” katanya.
Tambahnya, dia terkilan kerana jirannya sanggup meracun
kucing-kucing peliharaannya.
“Memanglah tak berperikemanusiaan dia berbuat demikian,
meracun haiwan peliharaan saya.
"Kucing-kucing saya tidak dibiarkan berkeliaran di
halaman rumahnya namun dia tergamak meracun kucing saya sehingga mati,”
katanya.
Muhamad Noh berkata, dia setiap minggu memperuntukkan
sekurang-kurangnya lima kilogram ikan dan beras untuk diberikan kepada kucing
peliharaannya.
“Apa yang lebih menyedihkan, ada kucing yang mati ini dalam
keadaan bunting dan ada yang sedang menyusukan anak,” katanya.
Muhamad Noh menghantar semua bangkai kucingnya ke Jabatan
Veteriner untuk mengenal pasti punca kematiannya.
“Hasil pemeriksaan, doktor Jabatan Veteriner mendapati
kucing saya mati disebabkan termakan sesuatu yang beracun bukannya disebabkan
virus,” katanya.
Sementara itu, satu laporan polis telah dibuat Muhamad Noh
di Balai Polis Pasir Panjang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan