Blog bermaklumat khusus untuk warga Negeri Sembilan. "Adat Bersendikan Hukum. Hukum Bersendikan Kitab ALLAH. Syarak Mengata , Adat Menurut". ALLAH menjadikan manusia bersuku-suku dan berbangsa-bangsa untuk kita saling kenal mengenal. Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Sebarang pertanyaan hubungi : Rozmal bin Malakan , rozmal@yahoo.com , FB : Rozmal Malakan , www.facebook.com/Rozmal
KASIH SAYANG
20150331
20150329
Ada yang marah bila kita bantu orang susah
Hari ni Ahad 29 Mac 2015 ribut di
Rembau. Saya dapat mesej dari satu keluarga yg mendiami rumah yg
usang. Mereka yg ingin membantu keluarga ini sila hubungi saya
0122267406 ;
Assalammualaikum...maaf bang
ganggu...ujan lebat dan angin kuat td,dlm umah masuk air,atap bocor
sne sni dan papan dinding ada yg jatuh lg
Jgn msuk tv bang....nt sy kne marah
Motivasikan remaja kita kembali bersekolah
Dua remaja adik beradik dari Rumah
Pangsa Kos Rendah Paroi, Seremban ini tidak bersekolah kerana
beberapa sebab disamping ibu mereka sakit lumpuh dan ayah mereka
sudah berhenti kerja.
Setelah berbual dengan mereka, mereka
berkeinginan untuk kembali ke sekolah. Mereka sepatutnya berada di
Tingkatan 2 dan 3 di Sekolah Menengah Pendeta Zaaba dan Sekolah
Menengah Dato Sheikh Ahmad.
Semoga Allah permudahkan urusan
persekolahan adik beradik ini, dan menjadikan mereka anak-anak yang
soleh.
20150328
9 beranak hidup daif
Jika seorang beri RM100, dapat 100
orang, insyaAllah kita dapat baiki rumah keluarga ini.
9 beranak hidup daif
28 Mac 2015
KUALA PILAH – Sebuah keluarga
sembilan beranak di Kampung Bemban, Senaling, di sini, memerlukan
kediaman lebih selesa berikutan rumah yang mereka tinggal kini
semakin uzur dan sempit.
Badariah Ujang, 36, tinggal di rumah
ibu saudaranya sejak sembilan tahun lalu bersama suaminya, Jalal
Samsudin, 42, serta tujuh anak mereka berusia antara 12 tahun hingga
4 bulan.
Menurut Badariah, keadaan rumah mereka
yang berusia lebih 40 tahun itu sangat daif dan uzur manakala
bumbungnya pula sudah bocor.
“Bila angin ribut, kami sekeluarga
mula bimbang, takut bumbung tercabut. Keadaan dinding kayu rumah pun
sudah dimakan anai-anai dan bilik pun hanya ada sebuah sahaja,”
katanya.
Kata Badariah, suaminya hanya bekerja
sebagai buruh dan pendapatan sebulan sekitar RM600 hingga RM700.
“Jika difikirkan, memang tidak
mencukupi kerana perlu menyuap sembilan mulut. Anak-anak pula masih
kecil dan memerlukan makanan yang berkhasiat.
“Di sekolah memang ada bantuan
seperti Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan Kumpulan Wang Amanah
Pelajar Miskin (KWAPM). Dapatlah tampung perbelanjaan persekolahan.
“Kami juga terima bantuan Baitulmal
RM200 sebulan tetapi ia tidak mencukupi,” katanya.
Kata Badariah, empat tahun lalu, dia
dan suaminya pernah memohon rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin
(PPRT) dan ianya telah diluluskan pada 2001.
“Namun ketika hendak menandatangani
borang pengesahan di mana saya bersetuju untuk menerima bantuan rumah
PPRT itu di Pejabat Menteri Besar, saya baharu sahaja melahirkan anak
keempat.
"Ketika itu, kami tidak memiliki
telefon, malah kenderaan juga tiada. Jadi kami tidak tahu bagaimana
mahu beritahu kepada pihak sana keadaan sebenar kami. Akhirnya kami
terpaksa biarkan begitu sahaja,” katanya ditemui, kelmarin.
“Kami faham, senarai menunggu PPRT
ramai, termasuklah kami. Namun kami amat berharap, permohonan baharu
kami dapat diberi perhatian.
20150326
Geng samun suri rumah guna motor di N.Sembilan dan Selangor
Geng samun suri rumah guna motor di N.Sembilan dan Selangor
26 Mac 2015
Suri rumah dan individu berjalan berseorangan di laluan
sunyi kini menjadi sasaran geng samun bermotosikal menggunakan senjata di
sekitar daerah ini yang dikesan berlaku sejak awal tahun ini.
Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Mohd Yusoff
Awang berkata, berdasarkan maklumat diperoleh geng ini bergerak secara
berkumpulan menggunakan dua motosikal yang dinaiki empat suspek.
Katanya, mereka menjadikan taman perumahan serta laluan
sunyi sebagai lokasi sasaran, malah memakai topi keledar bermuka penuh berwarna
gelap bagi mengelakkan wajah dikesan.
“Selain Sepang, mereka juga dikatakan aktif menjalankan
kegiatan samun di daerah lain seperti di Nilai, Negeri Sembilan dan Kajang,
Selangor.
“Siasatan juga mendapati sekiranya mereka sudah menjalankan
kegiatan di sesuatu kawasan contohnya di Kajang hari ini, mereka hentikan
kegiatan berkenaan pada hari itu dan tidak menyamun di kawasan lain,” katanya.
Mohd Yusof berkata, kumpulan itu amat berbahaya kerana
membawa senjata seperti parang pendek ketika menyamun untuk mengugut
mencederakan mangsa.
Menurutnya, kegiatan samun menggunakan motosikal itu
memudahkan mereka melarikan diri dan bergerak ke tempat lain.
“Setakat ini, lima kes dilaporkan di beberapa kawasan
seperti Dengkil dan Putra Perdana, Puchong, jadi kita sedang mengenalpasti sama
ada kegiatan ini dilakukan kumpulan sama atau berlainan,” katanya.
Status mualaf sampai bila?
Status mualaf sampai bila?
Utusan Malaysia 26 Mac 2015
Saya yang sudah berumur 60 tahun, adalah seorang mualaf
sejak lebih dari 30 tahun.
Saya telah menunaikan haji.
Lima anak saya pun sudah dewasa.
Baru baru ini saya berasa amat kecil hati kerana bila bakal
anak menantu saya ingin memeluk Islam dan saya tidak dibenarkan jadi saksi atas
sebab saya mualaf.
Apakah saya akan digelar mualaf sampai bila bila.
AMIR
20150325
Cukup-cukuplah menyalahkan orang lain
Kisah kesempitan hidup masyarakat di bawah ini ialah
segelintir kecil sahaja yang dipaparkan di dada akhbar. Masih ramai lagi hidup
susah begini. Ambil masa seketika renung kisah di bawah ini. Tak perlulah
salahkan mana-mana pihak, JKM ke, Pusat Zakat ke, Wakil Rakyat ke, AJK Masjid
ke, pihak sekolah ke. Bahkan mereka yang hidup susah begini, ada yang adik
beradik sendiri tak mahu tolong, bukan setakat tak mahu tolong, malahan
menghalang orang lain untuk tolong. Inilah hakikat masyarakat kita, kita mampu
kita tolong. Tak mampu kita berdoa. Cukup-cukuplah menyalahkan orang lain.
Biasa-biasakanlah cari orang susah, barulah kita tahu betapa miskinnya ukhuwwah
Islamiah di kalangan kita.
Hidup sempit sejak dibuang kerja
25 Mac 2015
SEREMBAN – Kesusahan hidup menyebabkan lima beranak yang
menyewa di Pangsapuri Rakyat Sri Perdana Paroi di sini, terpaksa hidup
bercahayakan api pelita sejak setahun lalu berikutan tidak mampu menjelaskan
bil elektrik tertunggak lebih RM1,000.
Boleh dikatakan kehidupan Nik Shahbudin Yusof, 49,
sekeluarga diibarat ‘kais pagi, makan pagi, kais petang makan petang' sejak dia
diberhentikan kerja sebagai pengawal keselamatan tahun lalu.
Malah dua daripada anaknya
yang berusia 15 dan 14 tahun terpaksa berhenti sekolah pertengahan bulan
tahun lalu kerana bergilir-gilir menjaga isterinya Zarina Zakaria, 50, yang
lumpuh.
Nik Shahbudin berkata, kehidupannya berubah selepas
diberhentikan kerja manakala isterinya pula menderita lumpuh sejak dua tahun
lalu sehingga mengakibatkan mata kirinya buta.
“Saya ada empat orang anak dan seorang daripadanya sudah
berkahwin. Dua anak lelaki saya berhenti sekolah tahun lalu sebab cikgu selalu
marah kerana tak pergi sekolah.
“Mereka bukannya tak mahu pergi sekolah, tapi kadang-kadang
terpaksa bergilir dengan saya menjaga isteri yang sakit di rumah selain kami
tiada pengangkutan,” katanya kepada Sinar Harian.
Kata Shahbudin, dia bimbang dengan masa depan anaknya itu
dan berharap mereka dapat bersekolah semula.
“Saya bukannya tak mahu bekerja, tapi saya tak tahu nak
kerja apa dan tiada kemudahan pengangkutan.
“Dulu saya ada motosikal tapi, kemudian rosak. Bila nak
baiki, perlukan duit sedangkan duit itu lagi penting untuk beli makanan,”
katanya.
“Saya dapat menyewa di rumah ini pun hasil bantuan Wakil
Rakyat, tapi sejak tinggal di sini tiga tahun lalu kami langsung tak bayar
sewa.
Kepada lepasan SPM 2014
Kepada lepasan SPM 2014, jangan lepaskan peluang isi borang
permohonan ke Institusi Pengajian Tinggi MARA di
Permohonan secara online adalah percuma tidak diperlukan
nombor pin dsbnya.
20150324
Masjid kini jadi sasaran penjenayah
Penyamun ‘mengganas’ di masjid
23 Mac 2015
Shah Alam: Jemaah Masjid Al-Ikhlas, Seksyen 13 di sini,
terkejut apabila lima kenderaan milik mereka dipecah masuk serentak oleh
penjenayah ketika mereka sedang khusyuk menunaikan solat.
Dalam kejadian jam 8.30 malam Khamis lalu, suspek melarikan
pelbagai barangan berharga milik jemaah yang ditinggalkan di dalam kenderaan di
kawasan meletak kenderaan di perkarangan masjid itu.
Bilal masjid itu, Mohd Safuan Khairi, 27, berkata, kejadian
itu hanya disedari selepas jemaah selesai menunaikan solat Isyak.
Menurutnya, seorang mangsa datang mengadu kepadanya mendakwa
keretanya dipecah masuk penjenayah.
“Mereka kemudian bergegas melihat kenderaan mangsa sebelum
mendapati empat lagi kereta turut menjadi mangsa pecah masuk.
Langgan:
Catatan (Atom)