KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20150316

Gaji rendah paksa beberapa keluarga penjawat awam duduk serumah



TIP OF THE ICEBERG

Gaji rendah paksa beberapa keluarga penjawat awam duduk serumah, kata Cuepacs
15 Mac 2015

Satu rumah, 3 keluarga, setiap satunya hidup berhimpit di dalam bilik kecil kerana ketua keluarga tidak mampu menyewa rumah di bandar besar dengan gaji kakitangan awan berpangkat rendah.

Ini realiti dihadapi ramai penjawat awam yang hidup di bandar seperti Kuala Lumpur dan Johor Baru, kata Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Ceupacs), kumpulan yang mewakili kira-kira 1.5 juta pekerja sektor awam.

Presiden Ceupacs Datuk Azih Muda berkata, keluarga terbabit terdiri daripada pembantu pejabat dan pembantu am iaitu kelompok kakitangan awam yang terendah dan berpangkat Gred 11 (G11).

Memasuki perkhidmatan awam dengan kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), gaji pokok mereka hanya dalam lingkungan RM805 dan RM820, kata Azih.

Bahkan dengan elaun sara hidup (Cola) sebanyak RM300 dan perumahan RM180, secara kasarnya gaji bersih yang diperoleh mereka hanya sekitar RM1,285 dan RM1,300.

"Gaji mereka hanya cukup menyewa bilik di KL, JB, Shah Alam malah Klang," kata Azih merujuk kepada kadar bayaran sewa sekitar RM600 hingga RM800.

"Bukan saja bandar besar, sesetengah tempat seperti Bintulu (Sarawak) kadar sewa bilik adalah RM500 sebulan," katanya.

Terdapat kira 300,000 kakitangan berpangkat G11 seluruh negeri, kata Azih.

Tiada ulasan: