KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20150305

Rembau ada Empangan Sepri dan Loji Rawatan Air (LRA) Sawah Raja, kenapa perlu dicatu air?



Dikatakan Rembau di catu air pada ketika ini kerana paras air di Empangan Gemencheh kritikal. Persoalannya bukankah Rembau ada Empangan Sepri dan Loji Rawatan Air Sawah Raja? Ada sesiapa boleh beri penerangan isu ini, mungkin ada fakta yang saya terlepas pandang dan kini terpaksa pula N.Sembilan beli air dari Melaka?


NS meterai perjanjian beli air dari Melaka

SEREMBAN 4 Mac 2015 - Kerajaan negeri akan memeterai perjanjian bersama kerajaan negeri Melaka mengenai isu pembelian air terawat dari Syarikat Air Melaka Berhad.
Mohamad Hasan

“Melalui pelan tindakan segera yang bermula 1 Mac lalu juga, kita ada beli air terawat dari Melaka di paip Batang Melaka yang mampu menyalurkan air kepada lebih seratus buah kediaman di kawasan sekitar,’’ katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini.

Sebelum ini, kerajaan negeri telah bersetuju untuk membeli bekalan air terawat sebanyak 1.1 juta gelen sehari dari kerajaan negeri Melaka bagi memenuhi keperluan di Tampin dan Rembau yang berdepan dengan catuan ekoran paras air di Empangan Gemencheh


RM265 juta Skim Bekalan Air Batu Hampar

REMBAU 15 Julai 2010 - Kerajaan negeri melalui Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) membelanjakan RM265 juta untuk melaksanakan projek Skim Bekalan Air Batu Hampar di sekitar daerah ini bagi memastikan penduduk negeri ini mendapat bekalan air bersih secukupnya sehingga 2020.

Menteri Besar yang juga Pengerusi Sains, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, projek tersebut melibatkan empat pakej pembinaan iaitu sebuah empangan jenis RCC di Mukim Sepri, Loji Rawatan Air (LRA) Sawah Raja, kolam air berkapasiti 18 juta meter di Bukit Kunyit dan kolam air berkapasiti 6 juta dan 9 juta di Bukit Kuau dan Teluk Kemang, Port Dickson.

Katanya, pakej kedua projek melibatkan LRA Sawah Raja di mukim Titian Bintangor di sini sudah beroperasi sejak 2 Jun lepas mampu mengeluarkan 50 juta liter air sehari sekali gus menyelesaikan masalah bekalan air di daerah ini dan Port Dickson Timur.

"Tetapi dengan adanya loji baru ini kita mampu agihkan sebanyak 9 juta liter air ke daerah Port Dickson Timur dan sejuta liter air ke sebahagian Rembau," kata beliau.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan LRA Sawah Raja yang menelan kos sebanyak RM111 juta dan mula dibina sejak 2007.


Perasmian Empangan Sepri, Rembau – Projek Skim Bekalan Air Batu Hampar

REMBAU ; 28 Jun 2011 – Kerajaan Barisan Nasional sentiasa meneruskan usaha untuk memberikan keselesaan kepada rakyat  dan bekalan air bersih yang mencukupi di semua daerah adalah fokus utama Kerajaan Negeri Sembilan, masakini.

Empangan Sepri yang terletak kira-kira 14 km dari Pekan Rembau, mula dibina pada tahun 2007, kini telah siap sepenuhnya serta mula beroperasi membekalkan air ke Sungai Batu Hampar sekiranya berlaku kekurangan air di Sungai Rembau.

Empangan Sepri, ini merupakan pakej pertama dibawah Projek Skim Bekalan Air Batu Hampar yang melibatkan kos hampir RM 265.6 juta.

Empangan terbaru di Negeri Sembilan ini telah dirasmikan bersama oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Utama Hj. Mohamad Hj. Hasan dan Dato’ Seri Peter Chin Fah Kui, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, pagi tadi.

1 ulasan:

IBU RISKA berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.