KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20150311

Keluarga ini mengharapkan bekalan elektrik




InsyaALLAH, selepas ini kita akan bantu keluarga ini untuk mendapatkan bekalan elektrik dari TNB. Mungkin perlu membeli beberapa tiang elektrik. Jika ada sesiapa ingin membayar kos tiang elektrik ini sila hubungi saya 012-2267406.

JELEBU – Kediaman pasangan Norhayati Johari, 44, dan suaminya Radzuan Halim, 53, hanya lebih kurang tiga kilometer dari pekan Kuala Klawang, tetapi mereka sekeluarga tidak mendapat bekalan elektrik dari talian TNB seperti kita.

“Sekitar pertengahan tahun 2014, ketua kampung dan wakil Tenaga Nasional Berhad (TNB) ada melawat persekitaran rumah saya.

Norhayati berkata sejak empat tahun lepas beliau menggunakan generator yang didermakan.

“Walaupun ada generator yang saya hanya gunakan pada waktu malam, tetapi kosnya jauh lebih tinggi dari kos tarif elektrik.

“Saya perlu membelanjakan RM8 sehari untuk kos diesel.

Lebih malang, kaki kiri Radzuan baru sahaja dipotong awal bulan ini kerana komplikasi penyakit kencing manis.

“Malah jalan masuk ke kediaman keluarga ini juga agak berlopak dan tidak rata. Jalan masuk ke kediaman keluarga ini perlu diturap dan kalau boleh lampu jalan turut dipasang,” katanya.

Tiada ulasan: