Kisah kesempitan hidup masyarakat di bawah ini ialah
segelintir kecil sahaja yang dipaparkan di dada akhbar. Masih ramai lagi hidup
susah begini. Ambil masa seketika renung kisah di bawah ini. Tak perlulah
salahkan mana-mana pihak, JKM ke, Pusat Zakat ke, Wakil Rakyat ke, AJK Masjid
ke, pihak sekolah ke. Bahkan mereka yang hidup susah begini, ada yang adik
beradik sendiri tak mahu tolong, bukan setakat tak mahu tolong, malahan
menghalang orang lain untuk tolong. Inilah hakikat masyarakat kita, kita mampu
kita tolong. Tak mampu kita berdoa. Cukup-cukuplah menyalahkan orang lain.
Biasa-biasakanlah cari orang susah, barulah kita tahu betapa miskinnya ukhuwwah
Islamiah di kalangan kita.
Hidup sempit sejak dibuang kerja
25 Mac 2015
SEREMBAN – Kesusahan hidup menyebabkan lima beranak yang
menyewa di Pangsapuri Rakyat Sri Perdana Paroi di sini, terpaksa hidup
bercahayakan api pelita sejak setahun lalu berikutan tidak mampu menjelaskan
bil elektrik tertunggak lebih RM1,000.
Boleh dikatakan kehidupan Nik Shahbudin Yusof, 49,
sekeluarga diibarat ‘kais pagi, makan pagi, kais petang makan petang' sejak dia
diberhentikan kerja sebagai pengawal keselamatan tahun lalu.
Malah dua daripada anaknya
yang berusia 15 dan 14 tahun terpaksa berhenti sekolah pertengahan bulan
tahun lalu kerana bergilir-gilir menjaga isterinya Zarina Zakaria, 50, yang
lumpuh.
Nik Shahbudin berkata, kehidupannya berubah selepas
diberhentikan kerja manakala isterinya pula menderita lumpuh sejak dua tahun
lalu sehingga mengakibatkan mata kirinya buta.
“Saya ada empat orang anak dan seorang daripadanya sudah
berkahwin. Dua anak lelaki saya berhenti sekolah tahun lalu sebab cikgu selalu
marah kerana tak pergi sekolah.
“Mereka bukannya tak mahu pergi sekolah, tapi kadang-kadang
terpaksa bergilir dengan saya menjaga isteri yang sakit di rumah selain kami
tiada pengangkutan,” katanya kepada Sinar Harian.
Kata Shahbudin, dia bimbang dengan masa depan anaknya itu
dan berharap mereka dapat bersekolah semula.
“Saya bukannya tak mahu bekerja, tapi saya tak tahu nak
kerja apa dan tiada kemudahan pengangkutan.
“Dulu saya ada motosikal tapi, kemudian rosak. Bila nak
baiki, perlukan duit sedangkan duit itu lagi penting untuk beli makanan,”
katanya.
“Saya dapat menyewa di rumah ini pun hasil bantuan Wakil
Rakyat, tapi sejak tinggal di sini tiga tahun lalu kami langsung tak bayar
sewa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan