KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20150323

Masih ramai orang N.Sembilan tak tahu apa itu berkedim



Berkedim atau “berkodim” adalah satu cara untuk memberi tanah kepada anak perempuan waris lelaki yang berada di luar suku, atau orang luar N.Sembilan.

Ini adalah satu cara untuk mengurangkan fenomena rumah dan tanah adat yang terbiar di N.Sembilan ini disamping dapat memberikan rumah kediaman di zaman harga rumah yang begitu tinggi di luar kemampuan majoriti generasi masa kini.

Berilah faham kepada orang N.Sembilan bagaimana amalan berkedim ini, sepertimana sesi pemahaman GST dan isu hudud. Tambah peruntukan kepada orang-orang adat untuk memudahkan proses berkedim dan tukar milik tanah adat.

N.Sembilan banyak rumah dan tanah terbiar. Dalam pada masa yang sama juga ramai keluarga tiada tanah dan rumah.


******************
Masuk suku: Antara waris dan harta
23 Mac 2015



Kodin bermaksud saudara dan jika ditambah imbuhan ‘ber’ kodin ia memberi pengertian bersaudara atau lebih sinonim dengan perkataan ‘masuk suku’.

Di Negeri Sembilan terdapat 12 suku utama iaitu Biduanda, Batu Hampar, Seri Melenggang, Tanah Datar, Seri Lemak, Mungkal, Tiga Nenek, Paya Kumbuh, Anak Melaka, Anak Acheh, Batu Belang dan Tiga Batu.

Setiap anggota masyarakat adat perpatih ialah ahli keluarga atau anggota kepada salah satu daripada suku-suku tersebut.

Sebelum itu, masyarakat di Negeri Sembilan yang sinonim mengamalkan adat perpatih mengakui harta pusaka termasuk tanah hanya boleh diturunkan kepada anak perempuan dan tidak boleh diturunkan kepada anak lelaki.

Justeru, jika seseorang itu tidak mempunyai anak perempuan tetapi dia berhajat untuk menurunkan harta pusakanya seperti faktor usia, maka adat ‘berkodin’ perlu dilakukan.

Oleh itu, upacara adat ‘berkodin’ dilaksanakan di Kampung Air Hitam, Terachi di rumah Niat Taib, 85, yang berhasrat untuk memberikan tanah miliknya kepada cucu perempuan.

Niat bersetuju untuk ‘mengkodinkan’ Syarmim Amiera Mohd Yunus, 17, iaitu cucunya daripada anak lelaki keenam yang bernama Yunus Abdul Rahman, bagi tujuan memberi satu pertiga harta termasuk tanah kepunyaannya dan selebihnya dikembalikan kepada waris.

Katanya, cucu perempuan ini tidak mempunyai suku kerana ibunya berasal dari Melaka.

“Oleh itu, cucu ini dikodinkan dan dimasukkan ke dalam Suku Tanah Datar 48, iaitu sama suku dengan nenek Niat.

Tiada ulasan: