Kehebatan jurutera tempatan yang mampu menyenggara pesawat
Nuri walaupun sudah berpuluh-puluh tahun digunakan.
******************
Tentera Darat Terima 12 Helikopter Daripada TUDM
LANGKAWI, 20 Mac 2015 -- Tentera Darat hari ini mencipta
sejarah baharu dengan menerima 12 buah helikopter Sikorsky S61A-4 yang dinaik
taraf daripada Tentera Udara Diraja Malayia (TUDM) pada Pameran Maritim dan
Udara Antarabangsa Langkawi 2015 (LIMA'15) di sini.
Penyerahan Sikorsky S61A-4 atau lebih dikenali sebagai Nuri
disempurnakan oleh Panglima TUDM, Jeneral Datuk Seri Roslan Saad dan diterima
oleh Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed
Noor sambil disaksikan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Sementara itu Raja Mohamed Affandi berkata semua pesawat
Nuri yang diterima ini akan digunakan untuk tujuan operasi Tentera Darat dan
tidak terlibat dengan operasi mencari dan menyelamat (SAR).
"Nuri ini kita akan gunakan untuk tujuan operasi,
bekalan sempadan dan mengangkut anggota di kawasan yang kita jalankan
operasi," katanya.
Sehingga kini, Nuri telah menjangkau usia 48 tahun sejak
digunakan oleh TUDM dan purata jam penerbangan setiap pesawat adalah 14,000 jam
penerbangan dan TUDM mempunyai 38 pesawat keluaran syarikat Sikorsky, Amerika
Syarikat.
-- BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan