Saya bukan kaunselor bertauliah, atau
penceramah yg ada tauliah, atau penguatkuasa agama kes khalwat.
Saya cuma seorang pekerja kilang, yg
apabila ada orang ramai mengadu kpd saya melalui fb, whatsapp, e-mel
atau sms, saya cuma boleh beri pandangan saya yg lemah ini, dan minta
mereka rujuk kpd mereka yg arif lagi bertauliah.
Tapi masalahnya mereka tak ada nombor
telefon mereka yg bertauliah dan ada otoriti.
Saya harap, kerajaan berilah
peruntukan, tambah pegawai mereka yg bertauliah ini, agar org ramai
yg bermasalah boleh rujuk kpd mereka melalui media sosial.
Jika ISIS bersungguh cari remaja
melalui media sosial, kenapa kita tidak bersungguh cari dan
selesaikan masalah rakyat yg susah melalui media sosial?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan