Peniaga warung di Seremban perlu
hati-hati sekarang. Saya dimaklumkan sudah ada 4 kes peniaga kuih,
burger, nasi dipukau oleh penjenayah ketika berniaga.
Dalam satu kes, penjenayah ini lelaki
Cina, umur 40an, rambut lurus, memakai cermin mata, baju kemeja merah
telah pesan banyak makanan kononnya untuk satu majlis. Penjenayah ini
cuma seorang diri, berjalan kaki, tiada kenderaan, hisap rokok, fasih
cakap Melayu.
Kemudian penjenayah ini minta pinjam
RM140 dan hantarkan ke pasaraya berhampiran.
Apabila sampai di pasaraya tersebut,
penjenayah itu hilang dengan duit RM140.
Kejadian ini berlaku pada hari Rabu 18
Mac 2015 jam 6.30 ptg. Laporan polis telah dibuat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan