Jika boleh naik taraf kenapa perlu beli kapalterbang baru?
************
Syarikat Tempatan Tawar Diri Naik Taraf Pesawat MIG-29N TUDM
LANGKAWI, 20 Mac 2015 -- Sebuah syarikat tempatan, Aerospace
Technology Systems Corp Sdn Bhd (ATSC), menawar diri untuk menaik taraf 10
pesawat MiG-29N Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) kepada Pesawat Tempur
Pelbagai Peranan (MRCA).
Ketua pegawai eksekutif ATSC Lt Kol (B) Fadzar Suhada hari
ini berkata penambahbaikan yang disyorkan syarikat itu akan menjadikan pesawat
berkenaan bukan sahaja setanding dengan jet pejuang MRCA lain yang ada di
pasaran, malah mampu memanjangkan jangka hayatnya hingga sekurang-kurangnya 25
tahun.
"Setelah menjalankan kajian meluas selama dua tahun,
kami percaya pesawat itu (MiG-29N) masih baik, tetapi apa yang perlu dilakukan
angkatan tentera udara ialah meningkatkan kemampuannya ke paras MRCA.
"Ia merupakan pilihan lebih murah (berbanding membeli
MRCA baharu) dan memberi jaminan bahawa industri tempatan mampu menyokong
pesawat itu jika berlaku sesuatu," kata beliau sambil menjelaskan bahawa
ATSC mampu menaik taraf dua MiG pertama dalam tempoh 18 bulan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan