Jika seorang beri RM100, dapat 100
orang, insyaAllah kita dapat baiki rumah keluarga ini.
9 beranak hidup daif
28 Mac 2015
KUALA PILAH – Sebuah keluarga
sembilan beranak di Kampung Bemban, Senaling, di sini, memerlukan
kediaman lebih selesa berikutan rumah yang mereka tinggal kini
semakin uzur dan sempit.
Badariah Ujang, 36, tinggal di rumah
ibu saudaranya sejak sembilan tahun lalu bersama suaminya, Jalal
Samsudin, 42, serta tujuh anak mereka berusia antara 12 tahun hingga
4 bulan.
Menurut Badariah, keadaan rumah mereka
yang berusia lebih 40 tahun itu sangat daif dan uzur manakala
bumbungnya pula sudah bocor.
“Bila angin ribut, kami sekeluarga
mula bimbang, takut bumbung tercabut. Keadaan dinding kayu rumah pun
sudah dimakan anai-anai dan bilik pun hanya ada sebuah sahaja,”
katanya.
Kata Badariah, suaminya hanya bekerja
sebagai buruh dan pendapatan sebulan sekitar RM600 hingga RM700.
“Jika difikirkan, memang tidak
mencukupi kerana perlu menyuap sembilan mulut. Anak-anak pula masih
kecil dan memerlukan makanan yang berkhasiat.
“Di sekolah memang ada bantuan
seperti Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan Kumpulan Wang Amanah
Pelajar Miskin (KWAPM). Dapatlah tampung perbelanjaan persekolahan.
“Kami juga terima bantuan Baitulmal
RM200 sebulan tetapi ia tidak mencukupi,” katanya.
Kata Badariah, empat tahun lalu, dia
dan suaminya pernah memohon rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin
(PPRT) dan ianya telah diluluskan pada 2001.
“Namun ketika hendak menandatangani
borang pengesahan di mana saya bersetuju untuk menerima bantuan rumah
PPRT itu di Pejabat Menteri Besar, saya baharu sahaja melahirkan anak
keempat.
"Ketika itu, kami tidak memiliki
telefon, malah kenderaan juga tiada. Jadi kami tidak tahu bagaimana
mahu beritahu kepada pihak sana keadaan sebenar kami. Akhirnya kami
terpaksa biarkan begitu sahaja,” katanya ditemui, kelmarin.
“Kami faham, senarai menunggu PPRT
ramai, termasuklah kami. Namun kami amat berharap, permohonan baharu
kami dapat diberi perhatian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan