Seorang penceramah pernah menceritakan bagaimana di taman
perumahan beliau di Nilai, sebelum ini banyak kes pecah rumah. Makin dibuat
rondaan dan kawalan, makin menjadi-jadi kes pecah rumah. Langkah terakhir
sekali ialah mereka memakmurkan surau di taman perumahan tersebut dengan solat
jemaah, kuliah ilmu dan ceramah. Dengan takdir Allah kes pecah rumah di kawasan
tersebut berkurangan dengan drastik sekali.
“Dan dirikanlah solat (dengan tekun) sesungguhnya sembahyang
itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar” (29:45)
800 penduduk bimbang keluar rumah
30 Julai 2013
Bangi: Kejadian 28 kes pecah rumah di kawasan perumahan
Seksyen 6 Bandar Bukit Mahkota di sini, membabitkan kerugian hampir RM1 juta
dalam tempoh enam bulan ini menyebabkan 800 pemilik rumah di kawasan itu berada
dalam ketakutan.
Pengerusi Persatuan Penduduk Mahkota 6 Mat Jim Wahab
berkata, keselamatan penduduk kini terancam sehingga menyebabkan penduduk
berasa bimbang untuk meninggalkan rumah ketika bekerja selain rasa risau
keselamatan isteri dan anak yang ditinggalkan bersendirian di rumah.
“Bagi mengekang kejadian ini terus berlaku, kami menubuhkan
skim rondaan secara sukarela yang menjalankan kawalan bermula jam 12 tengah malam
hingga 5 pagi.
“Selain itu, kami turut menempatkan empat pengawal
keselamatan yang bertugas 24 jam di setiap zon. Namun, usaha ini masih lagi
mengancam keselamatan penduduk,” katanya ketika ditemui semalam.
Sehubungan itu, pihaknya bercadang membina pagar
mengelilingi kawasan itu yang dijangka dimulakan November ini.
“Ahli jawatankuasa penduduk bersetuju untuk membiayai kos
pembinaan sebanyak RM400,000 yang akan dikutip daripada 800 pemilik rumah. Setiap
rumah perlu membayar RM700 dan diharap mereka dapat memberi komitmen supaya
keselamatan dan keselesaan mereka lebih terjamin,” katanya.