Saya dimaklumkan ada seorang remaja
lelaki berusia 16 tahun dari N.Sembilan, yatim lagi piatu, tiada
ayah, ibunya meninggal dunia tahun lepas, berhasrat untuk melanjutkan
pengajian di sekolah tahfiz. Antara sekolah tahfiz di N.Sembilan
yang memberi peluang ialah Maahad Tahfiz Al-Quran An Najihah di Kg.
Jijan, Nilai, N.Sembilan.
Yuran kemasukan hanya RM500 manakala
yuran bulanan sepenuh masa termasuk makan, minum, asrama dan
sebagainya cuma RM300 sebulan.
Kepada mereka yang sudi menaja pelajar
ini sila hubungi Pengetua Maahad Tahfiz Al-Quran An Najihah, Ustaz
Mohd Zawawi bin Haji Aman
No. Pejabat : 06-7915070
No. Hp : 013-3331120/016-2633649
Baru-baru ini saya dengar di Radio
IKIM, Ustazah Norhafizah Musa bercakap tak silap saya, kisah seorang
banduan di Indonesia yang insaf dan bertaubat di dalam penjara.
Sebaik keluar penjara beliau tekad untuk mendirikan sekolah tahfiz
setelah diberi sebidang tanah hutan di pinggir Jakarta.
Lalu dibuatlah kertas kerja dan
dihantar kepada para dermawan. Terkumpulah sekitar RM50,000. Lalu dia
berbincang dengan rakan-rakannya kerana RM50,000 tak cukup untuk bina
sekolah tahfiz, hanya cukup untuk bersih hutan dan buat pagar. Ada
yang mencadangkan agar di masuk dalam bank untuk mendapatkan
keuntungan.
Akhirnya dia berkata dimasukkan
RM50,000 ini dalam bank Allah. Dia mengagihkan RM50,000 ini kepada
beberapa sekolah-sekolah tahfiz sekitar Jakarta yang sedia ada kerana
pasti ianya dapat menunaikan hajat keperluan sekolah-sekolah tahfiz
tersebut.
Setahun kemudian dana untuk sekolah
tahfiznya bertambah sehingga RM500,000. Beri 1 dapat 10. Ada yang
derma dari sekolah-sekolah tahfiz yang dia bantu sebelum ini.
Kini sekolah tahfiz beliau amat
dikenali, dan banduan tadi digelar Pak Kiai.
Pengajarannya :
1. Sekolah Tahfiz, Institusi Pondok dan
sebagainya perlu bantu membantu sesama sendiri.
2. RM50,000 tak cukup nak buat
bangunan, sekolah, markas dan sebagainya, tapi mungkin boleh
membiayai 100 orang pelajar tahfiz dari golongan tidak berkemampuan
atau membantu 1000 keluarga yang bekalan elektrik dan airnya
dipotong.
3. Bila orang berikan sumbangan untuk
diagihkan, segera diagihkan.
4. Yakin dengan janji Allah, kata-kata
Nabi, beri 1 dibalas 70, beri 1 dibalas 10, beri 1 dibalas di dunia,
beri 1 dibalas di akhirat berganda-ganda.
5. Jangan tunggu Ramadhan nak buat
baik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan