KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20130710

Bersama Kita Mencegah Maksiat




Adakalanya saya menerima aduan dari beberapa individu mengenai masalah maksiat, terutamanya kes khalwat. Ada manusia boleh ditegur, ada manusia tak boleh ditegur. Yang tak boleh ditegur, kita ikutlah saluran yang sah. Tak boleh terjah terjah macam dulu. Yang paling mudah ialah laporkan kepada pihak berkuasa.

Dalam kes ini ialah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan di talian 06-7672756 atau 06-7672757.

Kemudian buat pula laporan susulan secara rasmi di laman Portal Pengaduan Awam N.Sembilan di www.spans.gov.my

Klik pada Aduan Baru dan masukkan butiran yang diminta. Pilihlah pada laman kedua agensi bertindak : JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM N.SEMBILAN

Dan teruskan mengisi laporan ringkas dengan tidak melebihi 500 aksara, contoh laporan seperti di bawah :

Rumah di No 1, Jalan 1, Taman ABU, Seremban terdapat 2 orang wanita Melayu usia 30an, disyakki belum berkahwin. Hampir setiap malam sejak 1 Julai 2013 antara 12 tgh malam hingga 5 pagi ada kereta jenis Kura-Kura plet No ABUABU123 diletak hadapan rumah, seorang atau 2 orang lelaki Melayu akan masuk ke rumah tersebut. Mohon siasatan dan tindakan lanjut pihak tuan.

“SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH DI BULAN RAMADHAN”

Tiada ulasan: