KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20130718

Yang dah pergi haji, berilah laluan yang belum pergi




Sepatutnya yang dah pergi haji lah yang beri laluan kepada yang belum pergi haji, walaupun mampu bayar puluhan ribu ringgit atau ratusan ribu ringgit untuk pergi haji kali ke 2 , ke 3, ke 4 atau mungkin tiap-tiap tahun pergi haji kerana terlalu kaya atau sedikit kaya. Pengerusi Lembaga Tabung Haji yang baru patut menasihatkan golongan yang kaya-kaya dan sedikit kaya ini supaya beri laluan.

Jemaah Haji Uzur Dinasihat Beri Laluan Kepada Jemaah Haji Lain
18 Julai 2013

KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji menasihatkan jemaah haji yang uzur agar memberi laluan kepada jemaah lain untuk menunaikan haji berikutan pemotongan kuota sebanyak 20 peratus tahun ini.

Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata mereka juga dinasihatkan menangguhkan pemergian ke Tanah Suci memandangkan kerja pembesaran Masjidil Haram di Makkah masih dijalankan.

Bercakap kepada pemberita pada majlis sumbangan zakat Projek Ehsan TH di sini, Rabu, Abdul Azeez berkata kuota jemaah haji dari Malaysia kini dikurangkan kepada 25,000 berbanding 28,000 sebelum ini.

Pengurangan kuota jemaah haji itu berikutan arahan terbaru kerajaan Arab Saudi berikutan kerja pembesaran Masjidil Haram di Makkah.

Tiada ulasan: