KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20130729

Bapa minta tangkap 'Si Tanggang'




Semakin ramai anak-anak yang mengabaikan orang tua mereka. Bagaimana dengan diri kita sendiri, sudahkah kita berbuat baik kepada ibu bapa kita hari ini, samada mereka masih hidup atau pun yang sudah meninggal dunia? Berapa kali dalam bulan Ramadhan ini kita hadiahkan Fatihah, berderma atas nama orang tua kita yang telah meninggal dunia? Berapa kali kita berbuka puasa dengan mereka di rumah atau buffet di hotel dan sebagainya?

Bapa minta tangkap 'Si Tanggang'
29 Julai 2013
 
Kuala Terengganu: Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam, mengeluarkan waran tangkap terhadap pengurus syarikat cari gali minyak, Nasrun Mustafa, 40, kerana gagal membayar nafkah kepada ibu bapa dan dua anaknya.

Waran tangkap anak

Selepas tiga tahun bersabar, seorang bapa yang menyaman anak lelakinya bagi menuntut nafkah untuk dua cucunya terpaksa menggunakan jalan terakhir dengan memohon Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam, mengeluarkan waran tangkap.

Mustafa Ismail, 67, berkata, hanya itu jalan terakhir yang akan membolehkannya berjumpa dan menyelesaikan masalah dengan anaknya, Nasrun Mustafa, 40, yang bukan saja enggan memberi kerjasama, tetapi gagal mematuhi perintah mahkamah pada 28 Ogos tahun lalu yang memutuskannya membayar nafkah dan memohon maaf secara terbuka kepada kedua ibu bapanya.

Mustafa dari Kampung Beladau Kolam, Manir, di sini, pernah mendapat liputan meluas media apabila menyaman anaknya yang sebelum ini bekerja sebagai pengurus sebuah syarikat cari gali minyak dan berpendapatan lebih RM17,000 sebulan bagi mendapatkan tuntutan nafkah dua cucunya, tiga tahun lalu.

Tiada ulasan: