Sempena bulan Ramadan ini sama-samalah
kita berdoa agar adik Hani Syamira Alias dikembalikan ke pangkuan
ibunya Puan Darmawati Idris. Marilah kita sama-sama berdoa, berusaha
agar gejala anak gadis hilang di Malaysia ini semakin membarah.
Semoga semua pihak melipat ganda lagi usaha dakwah, kaunseling,
terutama di alam maya (internet) baik dari rakyat jelata , agensi
kerajaan hinggalah ke pemerintah. Anak gadis ini adalah anak kita
saudara se Islam, sebangsa lagi. Semak iman kita, adakah kita sedih
mendengar berita ini atau tidak merasa apa-apa kerana sudah lali
dengan berita sebegini.
'Pulanglah segera, nak'
14 Julai 2013
REMBAU – “Tolonglah pulang segera,
nak,” rayu Darmawati Idris, 53, kepada anak ketiganya, Hani Syamira
Alias, 17, yang menghilangkan diri sejak 3 Julai lalu.
Darmawati yang bekerja sebagai penyelia
asrama salah sebuah sekolah menengah di daerah ini terpaksa bercuti
sejak Selasa lalu akibat mengalami masalah kesihatan.
Menurutnya, dia bimbang dan gusar
apabila Hani gagal dihubungi apabila kali terakhir anaknya itu
menghantar sistem pesanan ringkas (SMS) kepada anak bongsunya, Amirul
Hakim, 16, Ahad lalu menyatakan dia tidak dapat pulang kerana kereta
milik ibu rakannya rosak.
“Anak saya sememangnya sering menjaga
saya semasa sakit dan sanggup menemani saya semasa ditahan susulan
penyakit kencing manis selama berminggu-minggu di wad Hospital Tuanku
Ja'afar, Seremban dan Hospital Tampin tahun lalu," katanya
ketika ditemui di kediamannya di Taman Kota Indah, dekat sini,
semalam.
Kepada sesiapa yang mengetahui atau
melihat Hani, boleh menghubungi talian 019-6137877 atau memaklumkan
ke mana-mana balai polis terdekat.
1 ulasan:
Herm.. Macam macam cerita ada.
Pengalaman saya pulak hampir terlanggar budak kecik dan mak yang tak amik endah. http://hazemanhuzir.blogspot.com/2013/07/rogol-liwat-bunuh-budak-hilang-dan.html. Sedih lah kekadang situasi masyarakat kita. (Not all yer).
Catat Ulasan