KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20130727

Lagi tentera maut dipanah petir


Malaysia adalah negara kedua tertinggi di dunia kadar panahan petir dan tertinggi di Asia. Sebelum ini dua anggota tentera maut akibat dipanah petir ketika menjalankan rondaan di pantai. Koleksi artikel kejadian petir di Malaysia saya kumpulkan di http://kilatmalaysia.blogspot.com

Tak muncul buka puasa
27 Julai 2013

Kota Tinggi: Seorang anggota tentera, Mohd Razid Sadiran, 25, meninggal dunia akibat dipanah petir ketika menyiapkan tugasan persiapan menjelang latihan ketenteraan di sebuah hutan air terjun berhampiran Kampung Temenin Baru di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 6.45 petang itu, rakan mangsa, Azwan Abdullah, 25, turut cedera dan kejadian menimpa kedua-dua mangsa hanya disedari rakan yang lain apabila kedua-duanya tidak muncul menjelang waktu berbuka puasa.


Tiada ulasan: