KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20130720

Tabung masjid menggalakkan pencuri mencuri


Jika tabung-tabung di masjid menggalakkan pencuri untuk mencuri, memberi peluang dan ruang untuk pencuri untuk mencuri, kenapa tidak pihak JAKIM menasihatkan pengurusan masjid dan surau tidak lagi meletakkan tabung yang terdedah kepada kes kecurian. Galakkan jemaah masjid menderma secara terus kepada Bendahari Masjid atau paparkan nombor akaun bank masjid. Sekarang dah mudah sangat nak menderma, bank in boleh, ATM boleh, internet pun boleh.

‘Pengail’ duit tabung masjid ditangkap
20 Julai 2013

ALOR GAJAH - Seorang penganggur akhirnya berjaya ditahan polis kelmarin setelah taktik mengail duit dari tabung sebuah masjid di Kuala Sungai Baru di sini, berjaya dirakam melalui kamera litar tertutup (CCTV). Penahanan lelaki berusia 28 tahun itu sekaligus menjawab persoalan siapakah yang sering mencuri wang derma di dalam tabung berkenaan selepas kejadian disedari pengurusan masjid sejak awal bulan lalu. Menurut sumber, pihak pengurusan masjid kemudian membuat laporan polis sebelum siasatan lanjut terhadap rakaman CCTV dilakukan dan mengesan suspek mengail wang menggunakan lidi dan benang.


Tiada ulasan: