KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20130713

Tolong doakan anak gadis ini dipulangkan ke pangkuan keluarga


Hari ini Sabtu 13 Julai 2013 saya solat Asar di Masjid Bandar Baru Senawang. Nampak notis gadis hilang pada papan kenyataan masjid. Saya pun telefonlah bapa gadis tersebut untuk sahkan samada sudah dijumpai atau belum. Encik Khairul (bapa gadis) berkata belum dijumpai.

Marilah kita sama-sama berdoa di bulan Ramadan yang penuh berkat ini semoga Allah permudahkan urusan supaya adik Khairul Amira binti Khairul Afifi dikembalikan ke pangkuan ibu bapa mereka, yang hilang sejak 19 Jun 2013.

Kepada mereka yang ada maklumat sila hubungi ;
03-20702222 (Sjn Mazrul) Balai Polis Tun HS Lee, KL
013-6800187 (SI Masri) Balai Polis Senawang
016-2013676 (Khairul) Bapa Khairul Amira

Tolong SHARE artikel ini , semoga dengan doa dan SHARE kita akan mengembalikan anak gadis ini kepada ibubapanya, insyaAllah.

Tiada ulasan: