KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20130720

Kerja hidang shisha haram. Kerja hidang arak bagaimana?


Shisha telah difatwakan haram, termasuk mereka yang menyediakannya. Bagaimana pula orang Islam yang bekerja di kedai serbaneka atau hotel serta syarikat penerbangan yang ada menjual atau menghidang arak, atau orang Islam yang ada saham di syarikat yang menjual atau mengilang arak, atau orang Islam yang ada saham atau menjadi ahli lembaga pengarah dalam syarikat judi?

Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan putuskan shisha haram

KUALA LUMPUR 19 Julai 2013 - Muzakarah khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia hari ini memutuskan bahawa shisha adalah haram.

Pengerusinya, Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin berkata, keputusan itu diambil setelah mendengar pembentangan dan penjelasan pakar-pakar daripada Kementerian Kesihatan Malaysia termasuklah meneliti maklumat serta bukti perubatan mengenai kesan mudarat akibat shisha.

Oleh itu, katanya, umat Islam adalah dilarang menghisap shihsa atau menyediakan perkhidmatan menghisap shisha atau apa-apa aktiviti yang berkaitan dengannya.

Tiada ulasan: