KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20130729

Kanak-kanak parah dilontar mercun bola




Semoga tindakan yang pantas dan tegas dapat memberi pengajaran kepada mereka yang tidak berperikemanusiaan ini.

Kanak-kanak parah dilontar mercun bola
29 Julai 2013
 
Kuala Terengganu: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun cedera di mata dan paha, terkena mercun bola yang dibaling dua remaja di hadapan rumahnya di Kampung Gong Manok, Besut, Rabu lalu. Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu, kakak mangsa yang berusia tujuh tahun cedera di kaki.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner K Manoharan, berkata, siasatan awal mendapati dua remaja yang menaiki motosikal membaling mercun bola ke arah empat beradik itu yang sedang bermain di hadapan rumah mereka.

Pelajar diburu baling mercun cederakan dua beradik

Polis kini memburu dua pelajar tingkatan lima di Besut kerana disyaki membaling mercun kepada dua kanak-kanak di kampung Gong Manok, Besut Rabu lepas.
   

Tiada ulasan: