KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20130721

Apa nak jadi dengan bangsa kita?



Kerja dakwah, kaunseling, nasihat menasihati, tegur menegur perlu diperhebatkan terutama di kalangan ahli keluarga kita, sanak saudara kita, jiran tetangga kita, rakan sekerja kita.

Mati tersepit di palang besi tingkap

IPOH 20 Julai 2013 - Tindakan seorang pemuda yang cuba menceroboh masuk sebuah rumah jirannya berakhir dengan dia mati tersepit di celah palang besi tingkap dapur kediaman itu di Taman Saz di sini tengah malam tadi. Suspek, Sherol Aizan Mohd. Damanhuri, 27, ditemui dalam keadaan tersepit di dada dengan kedua-dua belah tangannya tegak menjulur ke dalam, sebaik sahaja pemilik rumah itu pulang pukul 12.15 tengah malam.

Ketika ditemui, suspek hanya memakai seluar dalam jenis 'boxer'. Mangsa dipercayai masuk dengan membuka dua keping tingkap di bahagian sinki dapur rumah jenis teres setingkat itu yang hanya selang beberapa buah rumah daripada kediaman keluarganya.

Ajal celah tingkap

Ipoh: Seorang lelaki berusia 27 tahun yang hanya memakai seluar dalam, ditemui mati tersepit di tingkap dapur sebuah rumah selepas dipercayai gagal memecah masuk kediaman jirannya di Taman Saz, Silibin, malam kelmarin. Dalam kejadian jam 11 malam, suspek ditemui tersepit di tingkap belakang rumah jirannya. Pemilik rumah itu yang hanya mahu dikenali sebagai Chen, 56, berkata, dia yang baru pulang membantu isterinya berniaga di Pasir Putih terkejut mendapati seorang lelaki tersepit di tingkap belakang dapurnya.

Tiada ulasan: