KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20130727

Banyak rupanya sekolah Tahfiz di N.Sembilan, kenapa tak tahu?


Rupa-rupanya banyak sekolah tahfiz di Negeri Sembilan ini. Tetapi sayang setakat ini saya tak jumpa lagi laman web yang ada maklumat semua sekolah tahfiz di N.Sembilan ini untuk memudahkan para pelajar, ibu bapa dan penjaga membuat pilihan untuk sekolah tahfiz mana yang sesuai untuk anak-anak mereka.

Juga untuk memudahkan orang ramai untuk menderma di sekolah-sekolah tahfiz yang begitu banyak di Negeri Sembilan ini sebenarnya yang sentiasa mengalu-alukan sebarang sumbangan terutamanya kewangan, cumanya mereka ini tidak menjalankan aktiviti kutip derma di tempat-tempat awam seperti di luar pintu bank, pasaraya dan sebagainya.

Kalau pihak Majlis Agama Islam Negeri Sembilan dapat mengumpulkan maklumat tersebut untuk kemudahan umat Islam di Malaysia dan di Negeri Sembilan khususnya amatlah elok ianya dipromosikan.

Kalau tak ada, mana-mana pengendali sekolah tahfiz atau pusat pendidikan Islam di Negeri Sembilan ini boleh saya masukkan dalam blog Pusat Pendidikan Agama Islam Negeri Sembilan di
http://puspa-ns.blogspot.com secara percuma atau boleh saya masukkan dalam blog saya di http://rozmal.blogspot.com

Sila e-melkan kepada saya rozmal@yahoo.com butiran yang perlu dimasukkan atau siarkan di MukaBuku saya di http://www.facebook.com/Rozmal

Berikut antara beberapa sekolah tahfiz di N.Sembilan yang saya jumpa melalui carian di internet tapi tiada maklumat lengkap :

Maahad Tahfiz YSU (Yayasan Sulammi Ulummiah), Rahang, Seremban
Madrasah Tahfiz Al Falah, Seremban
Maahad Tahfiz Al-Irshad, Labu
Madrasah Tahfiz Darussyifa, Tampin
Maahad Tahfiz alQuran An Najihah, Nilai
Maahad Tahfiz As-Sa'idiyyah, Seremban
Sekolah Tahfiz Darul Ulum, Rasah
Maahad Tahfiz At-Tohiriah, Port Dickson
Maahad Tahfiz Darul Huffah, Lenggeng

13 ulasan:

Ariff berkata...

Kat Kuala Pilah takdo ke sekolah Tahfiz

Unknown berkata...

sya nak hantar anak sya brumur 12 tahun..dimana boleh sya dpt borang pelajar baru...?

Unknown berkata...

sya sblumni...dah hantar tahfiz kt temerluh pahang...memandngkn jauh...utk sya melawat anak sya...itu la sya nk cari disekitar N.9....

Sharifah berkata...

Masukan dalam fb..mungkin ramai yg buleh membantu...saya tengok byak org post dlm fb..orang ramai x akan tau kalau x dipost difb...bantuan akan dtg...in sha Allah...

Sharifah berkata...

Masukan dalam fb..mungkin ramai yg buleh membantu...saya tengok byak org post dlm fb..orang ramai x akan tau kalau x dipost difb...bantuan akan dtg...in sha Allah...

Tanpa Nama berkata...

Kek pilah ado sekolah pondok tahfiz jln melang tak jauh dari hospital

Hajah Yati berkata...

Pusat Pengajian Al Quran Dan (Tahfiz Ibnu Hajar)
Lot No 5908, Kampung Serting Tengah,
72200, Batu Kikir, Negeri Sembilan

Hajah Yati berkata...


Madrasah Darul Islah, KUALA PILAH.

Kampung Ulu Melang 72000 Kuala Pilah.

Sulaiman Ab Razak berkata...

Johol...Al ghoniah....

Unknown berkata...

Ado di pondok ulu gemilang kpg ulu melang

arrazyy1980@gmail.com berkata...

assalamualaikum saya nak masukkan anak buah perempuan saya 8 tahun...ado x..??

Unknown berkata...

Kalau mahu masok di sane ....adekah harus interview dulu tuan....n pelajar di sane lelaki n perempuan ye tuan

Unknown berkata...

Betul tu... Saya pun tak tahu kt NS ni byk sek tahfiz... Thn 2011 saya pernah nk masukkan anak ke sek tahfiz