Baru-baru saya berjumpa dengan seorang
ustaz di Rembau, cerita mengenai kisah-kisah di kampung. Ustaz tu
bercerita pasal Wali Allah, dia tanya saya kenal tak seorang Wali
Allah di Kg Semerbok, Rembau pada awal kurun ke 20. Wali Allah ini
telah banyak berjasa di Kg Semerbok dan begitu hebat dan digeruni
oleh musuh Islam ketika itu. Ustaz tadi kata orang Rembau tahu kisah
ini.
Wali Allah ini orang kampung anggap dia
macam gila, sebab berperangai pelik. Namun mempunyai beberapa
karamah.
Saya cuba mencari bahan di internet
mengenai Wali Allah di Kg Semerbok ini, namun tak jumpa.
Mungkin ada sesiapa dari Kg Semerbok
atau Rembau yang tahu kisah ini dapat berkongsi kisah tersebut
sebagai iktibar untuk generasi kini.
11 ulasan:
Assalam tuan,
Mungkin yg tuan maksudkan wali Allah ni adalah Tok Jaya, antara kebolehannya memberhentikan keretapi sedang berjalan laju dengan tangannya saja....
Assalammualaikum...saya ingin tahu siapa nama sebenar Tok Paroi..
Itu mmg tok jaya..arwah sgt terkenal di kampung ayah saya.kuala linggi melaka.semua keturunan sy tahu tentang arwah
Tok jaya @ Yahaya Abd Rahman namanya.. bnyak karamah diceritakan antaranya semasa ketiadaan mnyak tanah semasa darurat, beliau mengacau air didalam baldi lalu air td dimasukkan didlm pelita. Dgn izin Allah pelita dpt dinyalakan..
Pernah dilanggar lori namun seperti bayangan tetap berdiri ditempat yg sama dan beliau meneruskan perjalanan..
Pernah menahan rombongan askar jepun. Disangka org kmpung pasti Tok Jaya dipancung namun ketua kepada rombongan tadi menghampiri Tok Jaya dan memberi tabik hormat dan tunduk lalu memberi Tok Jaya sebatang rokok dan mencucuhnya..
Ada yg pernah melihatnya sedang bersolat di atas pucuk pokok..
Menggaul setalam nasi dan lauk untuk menjamu org kmpung yg kelaparan dizaman darurat dimasa bulan puasa diwaktu siang hari dan berkata dosa sekalian aku tanggung hari ini tp esoknya kalau kalian makan, kalian tanggunglah sendiri..
Berdiri di atas landasan keretapi lalu beliau menahan keretapi. Keretapi berhenti tnpa menarik brake dihadapan beliau.
Bnyak lg cerita yg sudah saya lupa.. cerita2 ini diceritakan oleh cicitnya kepada saya.. antara saya dan cicitnya bersaudara tapi tidak senenek maknanya aruah datuk saya pernah berkahwin dengan anak kepada Tok Jaya semasa aruah datuk merantau ke Rembau dulu.. Tok Jaya dianggap gila kerana bnyak kelakuan pelik yg mngkin tak dapat diterima akal awam seperti kita. Namun apa yg peliknya disisi Allah?
Karamah yg Tok Jaya miliki bukanlah untuk bermegah diri.. sekadar anugerah dari Allah kepada waliNya untuk mungkin diguna pakai utk manfaat kepada hamba dan makluk yg lain dan agar kita yg melihat menjadi iktibar dan sedar akan kebesaran dan kasih sayang Allah kpada yg dikasihiNya.
asalamualaikum semua yg ada disini ...terima kasih atas pihak yg bertangung jawab membawa cerita tok jaya ni...saya ade cerita sendiri ttg tok jaya ni..ingin saya berkenalan dgn tuan tanpa nama diatas untuk menceritakan kisah tok jaya yg saya ada.
asalamualaikum semua yg ada disini ...terima kasih atas pihak yg bertangung jawab membawa cerita tok jaya ni...saya ade cerita sendiri ttg tok jaya ni..ingin saya berkenalan dgn tuan tanpa nama diatas untuk menceritakan kisah tok jaya yg saya ada.
Tok jaya asal kg padang astana raja sebelah surau
Awak anak lt kol malakan ke?
Ya, saya anak Lt Kol Malakan. Ayah meninggal dunia tahun 2011
Wali Allah bukan begitu keadaannya
Saya pergi bersurah dgn Pak ngah Wahab bin Kasim mlm tadi beliau ada bercerita kisah tok jayo gilo sebagai saudara mara datuknya
Catat Ulasan