Nabi s.a.w bersabda: "Berubatlah ,
sesungguhnya Allah Azza Wajalla tidak meletakkan (kepada manusia)
sesuatu penyakit melainkan diturunkan untuknya (penyakit tersebut)
penawar kecuali satu penyakit (tiada ubat baginya). Lalu para sahabat
bertanya apakah dia? ( penyakit yang tiada ubat itu ya Rasulullah)
lalu Rasulullah menjawab, Tua(mati)"
Kalau sakit, terlebih dahulu jumpa
doktor, serta ikut nasihat doktor, makan ubat yang diberikan dan
bertawakal. Kemudian terpulang untuk melakukan rawatan alternatif
selagi tidak bercanggah dengan syarak dan nasihat doktor.
Saya ada gout, sejak beberapa tahun
lalu. Puas juga berpantang, makan ubat yang disyorkan doktor, juga
rawatan alternatif. Dalam pada masa yang sama saya cuba buat carian
di internet makanan apa yang sesuai untuk meneutralkan asid dalam
badan.
Alhamdulillah, akhirnya yang sesuai
untuk diet saya ialah jus timun campur karot (lobak merah). Ini
adalah kerana timun dan karot mempunyai tahap alkali yang tinggi
untuk meneutralkan asid urik dalam badan. Apa yang saya amalkan ini,
mungkin tidak serasi, mungkin serasi untuk orang lain. Tiada jaminan,
hanya dengan izin Allah.
Kadarnya ialah 1 timun dan 1 karot
dikisar sekali dan diminum jusnya. Kalau timun dan karot tadi besar
buatlah 1/2 timun dan 1/2 karot. Kalau sakitnya masih ada mungkin
minum 2 atau 3 kali sehari. Kemudian kalau reda sikit 1 kali sehari.
Kalau reda lagi selang sehari. Dan amalkan seminggu sekali untuk
selamanya, kerana badan kita ni dah tua, tak dapat nak proses asid
urik. Kalau dan sihat, harus terus pantang makanan yang boleh
menyebabkan gout.
Semalam saya jumpa kawan saya, minggu
sudah dia diserang gout, ubat doktor dah habis, tapi masih belum baik
katanya. Saya syorkan dia minum jus timun campur karot. Petang
semalam dia minum, pagi tadi dia SMS, Alhamdulillah dah reda sikit.
Sekali lagi, kalau sakit, jumpa doktor,
ikut nasihat doktor, makan ubat dan bertawakal. Yang lain rawatan
alternatif kita hanya mencuba, Allah yang sembuhkan.
Artikel ini boleh disebarkan dan
dikongsi secara percuma tanpa perlu kredit apa-apa. Saya tidak
menyarankan mereka yang sakit gout mesti minum jus timun dan karot.
Saya hanya berkongsi pengalaman.
Jangan pula sebab artikel ini blog saya
di http://rozmal.blogspot.com
disekat sepertimana blog saya sebelum ini di
http://waghih.blogspot.com
Lagi satu yang saya amalkan ialah minum
air beralkali samada air zam zam, air Gau atau sebarang pembekal air
beralkali.
2 ulasan:
Info berguna... memang dah penat nak kawal gout ni tapi tetap sakit wlpun berpantang... sy akan cuba!!!
Info berguna... memang dah penat nak kawal gout ni tapi tetap sakit wlpun berpantang... sy akan cuba!!!
Catat Ulasan