KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20130131

Berkempen dedah salah laku orang bukan cara ku



Saya hanya salah satu nama yang dicalonkan untuk bertanding di DUN Kota, Negeri Sembilan. Kalau tak dicalonkan, Alhamdulillah, lega, tak ada bebanan tanggung jawab tersebut. Apabila turun padang jumpa beberapa individu di DUN Kota, adalah yang memberikan pandangan mengenai cara berkempen.

Ada yang memberi pandangan kalau pihak lawan meletakkan orang ini menjadi calon, agak payah untuk menang, kerana calon tersebut dilihat bersih.

Ada yang memberi pandangan pula kalau orang yang lain pula dicalonkan, akan ada harapan untuk menang, kerana orang itu bermasalah, kononnya ada beberapa salah laku yang tidak disenangi oleh orang kampung. Mereka menyarankan saya agar mengumpul bukti apa salah laku orang itu dan dedahkan.

Minta maaflah, kalau hendak saya lakukan apa yang dicadangkan, saya sarankan orang yang memberi pandangan tadi, biarlah dia yang bertanding.

Tumpuan saya hanyalah untuk melihat kampung saya harmoni. Semua pihak boleh bekerjasama untuk membangunkan kampung, tak kiralah dari fahaman politik mana sekali pun.

Semua pihak boleh memakmurkan masjid, kerana masjid-masjid di kawasan kampung ini semakin hari semakin mati dari solat jemaah dan majlis ilmu.

Harapan saya, tanah-tanah yang begitu luas, tidak lagi terbiar.

Dato-Dato Adat pula diberi lebih sumber kewangan dan kuasa untuk mempastikan hak milik tanah adat ini dapat diperturunkan kepada anak-anak buah yang masih hidup dan bersungguh-sungguh untuk membangunkannya.

Saya juga berharap, kepada bakal-bakal calon, baik dari UMNO, atau PAS atau PKR, tidak berebut-rebut untuk menjadi calon, sampai mengabaikan masyarakat di sekeliling mereka yang memerlukan perhatian.

Bulek air dek gopong, Bulek kato dek muafakat

Adat bosuku, suku dipotahan ‘an
Adat bokampung, kampung dipotahan ‘an
Adat boagamo, agamo dipotahan ‘an

Bantuan untuk pesakit jantung dari semua fahaman politik diperlukan



Puan Noriah bt Daud dari Kg Titian Akar, Lubok China, Rembau memerlukan bantuan kewangan untuk pembedahan jantung dijangka pada awal Februari 2013 di sebuah hospital kerajaan. Arwah emak dan arwah ayah Pn Noriah berasal dari Rembau, akan tetapi oleh kerana Pn Noriah dilahirkan di Singapura kerana ayahnya dulu bekerja sebagai Askar British maka beliau adalah warga Singapura dan tidak mempunyai kerakyatan Malaysia walaupun beliau telah sekian lama berkahwin dengan orang Malaysia dan menetap di Malaysia lebih 15 tahun.

Oleh kerana permohonan untuk mendapatkan warganegara dan kerakyatan Malaysia masih sedang diproses adalah agak sukar untuk beliau mendapatkan kemudahan pembiayaan hospital sepertimana rakyat Malaysia.

Namun atas dasar saudara sesama Islam, beberapa pihak telah tampil membantu antaranya ADUN Kota (UMNO), ADUN Paroi (PAS), Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan serta beberapa individu lain yang simpati.

Kos pembedahan jantung tersebut dianggarkan sekitar RM 20,000 termasuk rawatan susulan. Setakat ini beliau telah berjaya mengumpul sekitar RM 10,000. Dalam pada masa yang sama beliau turut menghidapi kanser usus. Pembedahan untuk kanser usus ini pula hanya dapat dilakukan selepas pembedahan jantung tersebut berjaya.

Suami beliau hanya bekerja sebagai buruh kasar di sebuah syarikat swasta.

Kepada mereka yang ingin menghulurkan sumbangan sila hubungi Pn Noriah 017-3468010 atau suaminya Abdullah bin Abu Shan 017-6593792.

Sumbangan juga boleh disalurkan ke Akaun Tabung Haji atas nama Abdullah bin Abu Shan , No Akaun 090301000046843.

Atau boleh juga melalui Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan dengan menghubungi Rozmal 012-2267406

Marilah sama-sama kita mendoakan keluarga diringankan bebanan mereka dan Puan Noriah selamat menjalani pembedahan tersebut.

Kuliah Ustaz Dato Arshad 1 Feb 2013



KULIAH HADITH 40
Bersama Ustaz Dato Hj Arshad Abd Samad (mantan Ketua Hakim Syarie N.Sembilan)
Tarikh : 1 Feb 2013, Jumaat
Masa : 7.30 mlm, selepas Maghrib
Tempat : Surau Taman Alamanda, Senawang

Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir

20130129

Sedih ada masjid di kampung tak meriah sambut Maulid


Alhamdulillah saya berkesempatan untuk menghadiri Majlis Ceramah serta Sambutan Maulid Nabi di beberapa masjid di Rembau. Ada yang meriah, ada yang boleh dimeriahkan lagi.

Antara yang meriah, yang ramai hadir para jemaah tempatan dan luar ialah Masjid Kg. Senama dan Masjid Kg Bongek. Yang tua, yang muda, kanak-kanak semua ada.

Yang sedikit sedih ialah Masjid Kg Penajeh, yang hadir boleh dikatakan majoriti ialah golongan usia emas. Kanak-kanak dan remaja boleh dibilang dengan jari.

Yang memberi ceramah ialah Ustaz Wan Roslan Wan Ali dari SMA Sains Kuala Pilah. Antara tetamu yang hadir dan sempat saya beramah mesra ialah Dato Zaharuddin Sharif bekas ADUN Kota.

Mana pergi para belia di kariah ini, tak kiralah samada dari UMNO ke, PAS ke, PKR ke? Politik , politik juga, tapi masjid perlu diimarahkan bersama.

Kalau saya dan Dato Zaharuddin boleh bersama dalam satu majlis ilmu takkan pemuda-pemuda yang membela bangsa, agama dan negara tidak dapat bersama dalam majlis ilmu yang dinaungi para malaikat?

Nampaknya pemimpin PAS, UMNO, PKR perlu lebih banyak berdakwah kepada ahli mereka sendiri untuk mengimarahkan masjid, lebih-lebih lagi untuk solat jemaah.

Hidup di dunia hanya sementara, hidup di akhirat kekal sampai bila-bila.

20130128

Adakah Wakil Rakyat perlu berlakon menjalankan tugas?

Apakah sebenarnya tugas seorang wakil rakyat, samada mereka ini Ahli Dewan Undangan Negeri ataupun Ahli Parlimen? Adakah mereka ini sekadar hadir apabila ada kematian, apabila ada kenduri kendara, apabila ada perasmian bangunan, apabila ada banjir atau kebakaran, apabila ada borang permohonan rumah, tanah, biasiswa untuk ditandatangani? Jika hanya sekadar itu, lebih baik dilantik Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat sebagai Wakil Rakyat kerana mereka lebih mengetahui siapa yang memerlukan bantuan di sesuatu kawasan.

Apa kerja wakil rakyat kita sebenarnya?

Kalau rakyat tidak faham apa tugas seorang wakil rakyat yang sebenarnya, lebih teruk lagi apabila wakil rakyat sendiri pun tidak faham apa tugas mereka, maka tidak akan terbentuklah masyarakat yang maju, sebaliknya hanya akan terbentuk masyarakat yang meminta-minta, minta bantuan, minta subsidi, minta tanah dan sebaliknya terbentuklah wakil rakyat yang mencari-cari, cari projek, cari balak, cari tanah untuk menampung keperluan pengundi di kawasannya yang setiap hari datang ke pejabat YB untuk meminta sesuatu.

Maka tidak hairanlah ada wakil rakyat apabila berada di Dewan Undangan Negeri atau Parlimen disebabkan terlalu letih membuat tugasan semacam Pegawai Kebajikan Masyarakat ada yang tertidur ketika sidang dewan dan lebih teruk lagi ada yang ponteng sidang dewan.

Apakah salah satu kriteria wakil rakyat ialah mereka perlu pandai berlakon apabila berhadapan dengan rakyat?

Atau mungkin di bawah ini adalah tugas sebenar seorang wakil rakyat ;
TANGGUNGJAWAB SEORANG WAKIL RAKYAT

1. Menyuarakan permasalahan serta pandangan rakyat di kawasan yang diwakili semasa sidang Dewan Undangan Negeri atau Parlimen agar dapat diselesaikan di peringkat kerajaan negeri atau kerajaan pusat.

2. Mengenali ketua-ketua kampung, pengerusi persatuan penduduk, imam serta nazir masjid/surau, ketua-ketua agama , pengerusi belia , pengerusi wanita di kawasan yang diwaklili.

3. Mengenali ketua-ketua jabatan kerajaan dan badan berkanun di kawasan yang diwakili.

4. Mengadakan lawatan berkala meliputi seluruh daerah yang diwakili untuk mengenal pasti permasalahan semasa yang dihadapi oleh rakyat.

5. Menyalurkan maklumat serta permasalahan yang dibangkitkan oleh rakyat di kawasan yang diwakilinya kepada agensi-agensi kerajaan dan badan berkanun yang berkaitan.

6. Memberi penerangan kepada rakyat dasar-dasar kerajaan yang sedang dan yang akan dilaksanakan yang melibatkan kepentingan rakyat setempat.

7. Menyediakan pusat khidmat masyarakat serta dimaklumkan kepada penduduk setempat waktu berurusan.

8. Menyediakan kemudahan kepada rakyat yang diwakili untuk mengemukakan cadangan atau aduan melalui Sistem Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) , sistem faksimili , borang maklumbalas , alamat surat menyurat atau laman web.

9. Melantik pembantu sebagai wakil untuk memudahkan urusan rakyat apabila berada di luar kawasan atas urusan rasmi atau pun urusan peribadi.

10. Menjadi jambatan penghubung antara rakyat serta agensi-agensi kerajaan dan badan berkanun.

11. Mengetahui keluasan kawasan yang diwakilinya antaranya daerah, kampung-kampung serta taman perumahan.

Melayu subsidi, Melayu pemalas


Bukan semua Melayu, tapi segelintir Melayu. Ramai juga Melayu yang rajin, tapi susah nak cari sekarang ini. Semalam saya pergi ke Batu Caves, bukan menghadiri upacara keagamaan, tetapi menghadiri kenduri kahwin saudara saya. Dalam perjalanan pulang, kami melalui lebuhraya selepas Batu Caves, kelihatan petani Cina tua sedang bercucuk tanam sayur di tanah rizab TNB, di bawah talian voltan tinggi. Mereka yang rajin, akan nampak tanah di mana-mana sebagai rezeki, walaupun bukan tanah miliknya.

Tapi berbeza sebaliknya apabila balik di Rembau, tanahnya banyak, luas, lebar tapi orangnya pemalas terutama golongan belia, walaupun ada belia yang rajin, tapi boleh dibilang dengan jari. Ramai kawan-kawan saya dari Rembau yang mengakui hakikat tersebut, nak cari kontraktor baiki rumah di kalangan belia Melayu di Rembau amat susah, akhirnya terpaksa mencari kontraktor Indonesia.

Bukannya tak nak tolong orang Melayu kata mereka, kalau diberi kerja, lambat siap, tak siap-siap, walaupun modal dah diberi.

Begitu juga yang dapat projek bela lembu, bela ikan, bela ayam, bela kambing. Pengalaman bertani tak ada, pengalaman bercucuk tanam tak ada, pengalaman berniaga tak ada, tapi sentiasa saja mencari peluang untuk dapat dana dari kerajaan. Akhirnya lembu entah ke mana, ayam entah ke mana.

Bukan tak ada Melayu yang rajin, ada, tetapi mereka ini selalunya tidaklah sentiasa mengharapkan bantuan kerajaan.

Agensi kerajaan sepatutnya turun padang kenal pasti peniaga sedia ada, petani sedia ada, penternak sedia ada yang boleh dibantu untuk mengembangkan usaha mereka.

Contohnya seperti seorang pemuda Melayu di pekan Chengkau yang buka warung burger. Saya sering berbual dengannya. Dulu dia kerja bengkel besi dengan orang di Senawang. Bila bengkel besi tersebut tutup, dia pun balik kampung. Akhirnya dia mengambil keputusan jual burger dengan hasil usaha sendiri.

Saya tanya dia, tak ada minta bantuan kerajaan ke. Dia kata, dia tak tahu pun ada bantuan kerajaan, dan dia pun rasa tak perlu minta bantuan. Saya kata pada dia ada banyak bantuan kerajaan, melalui JKM, 1Azam, Baitul Mal, Pejabat Belia dan sebagainya, tak ada sesiapa ke yang datang tawar bantuan? Katanya tak ada pun.

Bandingkan seorang pemuda Melayu yang yakin dengan rezeki Allah, boleh hidup berdikari dengan ramai pemuda Melayu lain yang sentiasa minta bantuan kerajaan tetapi tidak ramai yang berjaya.

Saya bercakap bukan atas dasar parti , ini adalah hakikat.

Kerana perkara yang sama juga saya perhatikan berlaku kepada penyokong Pakatan Rakyat, tidak semua, tetapi ada.

Contohnya untuk buat kertas kerja mohon bantuan kerajaan, masih ramai penyokong Pakatan Rakyat, bahkan ada Ketua Cawangan, AJK Cawangan, pimpinan kawasan , pimpinan surau mengharapkan YB dari Pakatan Rakyat atau Pejabat YB untuk menguruskan perkara remeh temeh ini.

Walhal perkara ini boleh dilakukan oleh sesiapa jua.

Contoh seperti nak sokong surat permohonan bantuan, sepatutnya boleh ditandatangan oleh Pengerusi Surau atau Taman, mereka nak juga pergi jumpa wakil rakyat.

Bukan tak boleh terima subsidi, biasiswa, bantuan dan sebagainya, tapi kita perlu yakin rezeki itu dari Allah. Malu rasanya sebagai orang Islam, diberi Allah tanah yang subur, badan yang sihat, akal yang cerdas tetapi masih tidak menggunakan sepenuhnya untuk mencari rezeki.


Anak muda N.Sembilan mahukan reformasi pemahaman adat


Saya amat kagum dengan kesungguhan seorang pemuda Rembau ini dengan gelaran Anak Rembau yang banyak membicarakan adat dan sejarah Negeri Sembilan melalui laman webnya sendiri secara sukarela. Banyak yang saya pelajari dari laman webnya yang membangkitkan semangat untuk saya mengenali sejarah negeri, bangsa dan suku saya sendiri.

Jika Anak Rembau diberi lebih ruang di media utama, saya pasti ramai anak Negeri Sembilan, terutama mereka yang berada di perantauan akan merasa sayang kepada negeri ini walaupun berada di perantauan.

Saya telah berjumpa dengan Anak Rembau sebelum ini. Anak Rembau tidak pernah menyentuh isu politik dalam perbualan kami, dan saya sendiri pun rasa tidak perlu dibincang isu politik apabila membicarakan mengenai sejarah dan adat di Negeri Sembilan.

Makin banyak berbicara dengan Anak Rembau makin banyak terbongkar khazanah adat dan sejarah yang tidak pernah diketahui sebelum ini.

Anak Rembau telah berjaya menarik minat golongan muda untuk mempelajari adat dan sejarah tetapi malangnya di Negeri Sembilan, pihak yang sepatutnya melaksanakan tugas ini tidak dapat menyaingi dengan apa yang terdapat di Melaka dan beberapa negeri lain, sedangkan Negeri Sembilan mempunyai khazanah sejarah, baik sejarah Melayu , mahu pun sejarah Islam yang lebih hebat lagi dari negeri lain.

Semoga usaha Anak Rembau ini akan membuahkan hasil, semoga Allah memberi bantuan kepada Anak Rembau atas usaha murni beliau.

Ikuti keluhan Anak Rembau di http://www.nagarinantuo.com/perubahan/

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahuai, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
Surah : AL-HUJURAAT, No. Surah : 49, Ayat : 13

20130127

Ayah Didahulukan, Pencapaian Diutamakan


Semalam saya sempat menghadiri satu majlis ceramah sempena sambutan Maulidur Rasul di sebuah masjid kariah dalam daerah Rembau. Begitu banyak pengajaran dan ilmu yang disampaikan oleh penceramah tersebut, orang kampung terpegun dengan kesungguhan ustaz tersebut menyampaikan ilmu kepada para jemaah lelaki dan wanita.

Namun apa yang begitu menarik dan menyentuh perasaan saya ialah apabila penceramah tadi berkata jadual dia agak ketat hari tersebut, dia memenuhi hajat menyampaikan 3 ceramah dan 2 undangan perkahwinan.

Selepas ceramah dia di masjid tersebut dia berkata, dia perlu pulang ke kampung di utara tanahair pada malam tadi juga kerana memenuhi hajat ayahnya yang perlukan bantuan. Ustaz tadi berkata dalam kesibukan kita berdakwah dan bekerja kita jangan lupakan ibu bapa, ustaz tadi sambil berseloroh berkata “Ayah didahulukan, pencapaian diutamakan”.

Oleh kerana ustaz tadi perlu segera menunaikan hajat ayahnya, dia tidak sempat berjamu bersama para jemaah, sebaliknya AJK masjid telah memberikan bekal makanan kepada ustaz dalam perjalanan.

Bagaimana dengan kita? Adakah kesibukan kita bekerja, berniaga, belajar, berpolitik, berdakwah dapat diseimbangkan dengan menunaikan hajat ibu bapa kita?

Wali Allah yang “Gila” di Rembau


Baru-baru saya berjumpa dengan seorang ustaz di Rembau, cerita mengenai kisah-kisah di kampung. Ustaz tu bercerita pasal Wali Allah, dia tanya saya kenal tak seorang Wali Allah di Kg Semerbok, Rembau pada awal kurun ke 20. Wali Allah ini telah banyak berjasa di Kg Semerbok dan begitu hebat dan digeruni oleh musuh Islam ketika itu. Ustaz tadi kata orang Rembau tahu kisah ini.

Wali Allah ini orang kampung anggap dia macam gila, sebab berperangai pelik. Namun mempunyai beberapa karamah.

Saya cuba mencari bahan di internet mengenai Wali Allah di Kg Semerbok ini, namun tak jumpa.

Mungkin ada sesiapa dari Kg Semerbok atau Rembau yang tahu kisah ini dapat berkongsi kisah tersebut sebagai iktibar untuk generasi kini.

Tunku Zain Tuanku Muhriz, ikon demokrasi anak muda N.Sembilan


Sepanjang perkenalan saya dengan Tunku Zain Al’Abidin Tuanku Muhriz melalui laman maya dan tulisan beliau dalam akhbar berbahasa Inggeris serta laman web IDEAS, Tunku Zain sentiasa mengutarakan pandangan yang bernas mengenai demokrasi serta mengambil beberapa contoh dan perbandingan demokrasi yang diamalkan di negara barat serta demokrasi yang diamalkan dalam sistem Adat Perpatih yang menjadi rujukan negara barat.

Tunku Zain tidak pernah sepengetahuan saya menulis untuk menyokong mana-mana parti, atau mana-mana pemimpin parti. Tunku Zain adalah merupakan Presiden dan pengasas Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (Institute of Democracy and Economic Affairs – IDEAS).

Saya menyarankan pemimpin politik serta ahli politik baik dari BN atau Pakatan Rakyat khususnya di Negeri Sembilan agar meneliti tulisan beliau di laman web IDEAS di http://ideas.org.my

Saya juga menyarankan agar calon yang akan bertanding dalam DUN atau Parlimen di N.Sembilan baik dari UMNO, PAS, PKR, DAP, MIC dan MCA perlu mahir dalam sistem Adat Perpatih sepertimana Undang Rembau yang ke 18 dahulu iaitu Dato Abdullah bin Hj Dahan yang tegas meletakkan syarat bahawa Residen Inggeris, Pegawai Daerah Rembau serta kakitangan kerajaan di Rembau perlu mahir selok belok Adat Perpatih, jika tidak mereka tidak akan diambil bekerja.

DAP akui ada 'lamar' Tunku Zain, bidas Tunku Aziz tidak beretika
Sinar Harian
27 Januari 2013

SHAH ALAM – Tindakan bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim mendedahkan kepada umum yang beliau pernah diminta Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Anthony Loke agar memujuk Tunku Zain Al’Abidin Tuanku Muhriz menyertai parti itu disifatkan sebagai tidak berintegriti dan beretika.

Loke yang juga Setiuasaha Pengelola DAP berkata, tindakan Tunku Abdul Aziz itu tidak menghormati perbincangan yang bersifat peribadi dan sepatutnya ia tidak diungkit balik demi menghormati status Tunku Zain Al’Abidin.

“Saya amat kesal dengan tindakan beliau (Tunku Abdul Aziz). Perkara itu dinyatakan dalam satu perjumpaan yang tidak formal dan tertutup, sepatutnya ia bersifat peribadi. Jadi mengapa perlu nak hebah-hebahkan?

“Sepatutnya beliau perlu menghormati privasi individu tersebut kerana baginda yang dikaitkan itu bukannya orang biasa, sebaliknya orang bangsawan,” kata beliau ketika dihubungi Sinar Harian Online, hari ini.

Semalam, dalam satu ceramah di Seremban, Tunku Abdul Aziz mendakwa Loke pernah meminta beliau untuk memujuk Tunku Zain Al-'Abidin, anakanda Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir menjadi calon parti itu dan
bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri pada Pilihan Raya Umum ke-13.

Tunku Abdul Aziz berkata, Loke meminta beliau mengadakan satu majlis dan menjemput Tunku Zain Al-'Abidin hadir untuk menyatakan hasrat tersebut kepada baginda.

"Kerana DAP telah melihat Tunku ini seorang yang amat pintar, petah bercakap, jadi dia nak sasarlah Tunku dan suruh saya sebagai 'Tunku yang tua' barangkali boleh saya pujuk 'Tunku yang muda' ini.

"Kononnya untuk bagi Tunku jadi Menteri Besar Negeri Sembilan. Tidakkah ini satu benda yang bodoh, tak masuk akal. Anak jadi Menteri Besar, ayah jadi Yang Dipertuan Besar," katanya.

Tunku Abdul Aziz juga berkata, sebaik hasrat DAP itu disampaikan kepada Tunku Zain Al-'Abidin, baginda menolak permintaan itu.

Ketika diminta mengulas lanjut mengenai ‘pelawaan’ DAP itu, Loke enggan mengulas lanjut.

Namun katanya, DAP hanya mahu menggalakkan golongan cerdik pandai menyertai DAP.
Katanya, Tunku Zain Al-'Abidin dilihat sebagai seorang yang cerdik pandai, aktif dalam badan bukan kerajaan (NGO) dan mempunyai kolumnisnya sendiri serta banyak bagi syarahan.

“Kami (DAP) tidak melanggar mana-mana undang-undang pun dan ini menunjukkan keterbukaan DAP.

“Malah, ramai anak raja menyertai politik. Kalau kita lihat, Perdana Menteri pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj juga merupakan seorang anak raja. Baginda juga menyertai politik (Umno),” katanya lagi.

Ketika ditanya sama ada pihaknya akan mengambil tindakan terhadap Tunku Abdul Aziz, Loke berkata, “apa tindakan nak ambil? Kalau ia berunsur fitnah, DAP tidak akan teragak-agak untuk ambil tindakan.”
Sementara itu, Loke turut mendakwa, kenyataan Tunku Abdul Aziz ‘separuh benar' kerana ada yang diputar belit dan seolah-olah terdesak untuk curi perhatian.

“Dulu beliau kata DAP bersifat cauvanis Cina dan apabila DAP mahu menarik orang Melayu sertai DAP, beliau kata ada agenda pula.

“Rasanya Tunku Abdul Aziz sudah keliru dengan kenyataannnya sendiri. Saya cuma harap beliau jaga etika dirinya sendiri dan menghormati privasi Tunku Zain.

“Jika tidak, beliau hanya akan merosakkan imej beliau sendiri,” tegas beliau lagi.

20130126

Bagaimana rupa senapang Melayu ketika lawan Portugis?


Mereka yang cinta Allah , akan cinta negara, akan cinta negeri, akan cinta bangsa, akan cinta budaya sendiri, itulah kata-kata seorang ahli sufi yang saya kenali. Generasi kini semakin melupakan sejarah bangsa, pada mereka adat hanyalah satu pertunjukan kebudayaan. Untuk menarik minat generasi muda khususnya para pelajar kepada sejarah, kita perlu beri kesedaran kepada mereka bahawa kita mempunyai teknologi yang lebih hebat dari Eropah sebelum kejatuhan Melaka.

Orang Minangkabau mendirikan kerajaan Rembau bersama orang Asli dari Suku Jakun yang begitu digeruni Portugis. Orang Minangkabau membawa bersama senapang yang dipanggil matchlock, meriam serta keris yang hebat yang diberi nama Guloh Rembau.

Tapi malang , tiada kajian, penemuan sehingga saat ini, bagaimana rupa bentuk senapang ini.

Semoga ada usaha kajian dilakukan untuk menjejaki kembali teknologi anak tempatan yang amat hebat satu ketika dulu.

Jangan pula sebab artikel ini blog saya di http://rozmal.blogspot.com disekat sepertimana blog saya sebelum ini di http://waghih.blogspot.com

The arms manufactured by the Bugis are in great repute among the Malays ; also those made at Menangkabowe, particularly the matchlocks and swords ; and those of Rumbowe in the Peninsula. Rumbowe is celebrated for a particular sort of kris, called " Guloh Rumbowe." The Malays of Malacca ascribe the introduc- tion of the kris to the celebrated Hong Tuah, who flourished in the reign of Mansur Shah


At Menancabo excellent poniards made, called creeses; best weapons of all the orient. Islands along the coast of Sumatra, called islands of Menancabo." ARGENSOLA, 1609. "A vessel loaded with creeses manufactured at Menancabo and a great quantity of artillery; a species of warlike machine known and fabricated in Sumatra many years before they were introduced by Europeans


The Straits Times 18 November 1933 : “By both the Portuguese and the Dutch, the State of Rembau was regarded as the principal power in the Malacca hinterland, and both had many a battle with the “rebellious Menangkabowes” The grave of a Portuguese soldier killed in one of these skirmishes is a boundary mark between Malacca and Tampin to this day”.


Melayu semakin biadap, tidak hormat kemuliaan hari Jumaat


Fenomena tidak menghormati hari kebesaran umat Islam iaitu hari Jumaat semakin menjadi-jadi ketika ini di mana-mana, termasuk negeri yang majoriti penduduknya orang Melayu. Semua para khatib harus dilatih berkhutbah, bukannya membaca teks khutbah untuk menarik para jemaah menghayati khutbah Jumaat seperti tarikan yang ada pada Ustaz Azhar Idrus, Sheikh Nuruddin Al Banjari dan Ustaz Nor Azman Mohamad yang di”haram”kan berkhutbah di Seremban. 


'Tinggal solat juga maksiat'
Wartawan Sinar Harian
26 Januari 2013

KUALA TERENGGANU - Senario belia suka melepak atau bersuka ria ketika umat Islam lain sedang memenuhi ruang masjid bagi melaksanakan solat Jumaat sudah menjadi perkara biasa yang berlaku di negara ini.

Namun biarpun terus dikupas dan dibongkar sebab serta akibatnya, ia masih lagi berlaku dan dilihat tidak memberi kesan kepada golongan berkenaan kerana tinjauan mendapati, masih ramai yang meninggalkan solat wajib itu.

Tinjauan wartawan Sinar Harian di sekitar Pantai Batu Burok mendapati golongan belia menjadikan kawasan riadah itu sebagai tempat persinggahan, sementara menunggu selesai solat Jumaat.

Mengulas isu itu, Imam Besar Negeri, Aizi Saidi Abdul Aziz berkata, keluarga adalah faktor paling utama menyumbang masalah berkenaan kerana kurang mengambil tahu pergerakan anak-anak.

“Ibu bapa tidak pernah menyoal anak-anak yang lengkap berbaju Melayu dan berkopiah sama ada benar mereka ke masjid atau melencong ke tempat lain bersama rakan-rakan.

“Mereka tidak boleh dibiarkan begitu kerana tanpa pengawalan daripada ibu bapa memudahkan mereka melakukan apa sahaja yang melanggar hukum, sedangkan ini tanggungjawab bersama,” katanya kepada Sinar Harian.

Demikianlah juga masyarakat hari ini, yang sering menuding jari menyalahkan kerajaan, sedangkan ia adalah langkah bersama.

“Orang ramai yang melihat atau merasa ada unsur-unsur berlaku kegiatan meninggalkan solat Jumaat, mereka perlu melaporkan kepada pihak berwajib seperti pejabat agama dan polis.

“Tetapi masyarakat hari ini hanya melihat, pasangan yang duduk berdua-duaan itu sahaja adalah maksiat dan bertindak melaporkannya kepada pihak berkuasa, sedangkan meninggalkan solat wajib juga dikira maksiat,” katanya.

Menurutnya, masyarakat juga perlu memainkan peranan dalam membanteras senario itu supaya tidak menjadi semakin parah.

“Laporkan segera lokasi-lokasi yang dipercayai golongan ini melakukan perkara yang melanggar hukum syarak,” katanya.

Haram jual makanan

Sementara itu, berhubung orang yang menjual makanan kepada mereka yang tidak pergi solat Jumaat, sekiranya penjual itu adalah seorang lelaki, hukumnya haram.

“Tetapi sekiranya perempuan, itu ditanggung oleh pembeli sendiri, tetapi pangkalnya adalah diri sendiri.

“Kebanyakan daripada masyarakat hari ini, pengamalan dalam kehidupan masih lagi tidak mencukupi kehendak agama menyebabkan mereka mengambil mudah soal-soal sebegini,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Masjid Kampung Baru Tetambah, Mohd Noor Ali sependapat dengan imam besar, berpendapat program-program untuk mengimarahkan masjid juga dilihat antara langkah terbaik perlu dilaksanakan.

“Memang tidak dinafikan, ibu bapa kurang cakna bab solat kerana mereka juga sama seperti anak-anak.

“Sepatutnya ibu bapa menunjukkan contoh baik kepada anak-anak supaya mereka secara tidak langsung berminat mendekati masjid, sekali gus mengimarahkannya,” katanya.

Pada masa sama, masjid juga perlu menganjurkan aktiviti yang dapat menarik golongan belia datang ke rumah ALLAH SWT itu secara sukarela.

“Tetapi kadang-kadang pandangan negatif golongan veteran (orang tua) terhadap anak muda menyebabkan jarak hubungan mereka jauh.

“Hakikatnya masjid juga berperanan untuk menyelesaikan masalah ini bersama-sama supaya tidak terus diwarisi generasi akan datang,” katanya.

Malulah, orang luar nak ajar kita pasal Adat Perpatih


Eloklah telah ada usaha sekarang ini untuk menjejaki kembali sejarah pembukaan Negeri Sembilan oleh pendatang asing dari Sumatera bersama orang tempatan dari suku Jakun sejak lebih 600 tahun dahulu. Sejarah yang semakin dilupai oleh generasi masa kini. Semalam saya berjumpa seorang tok guru di Rembau, katanya orang yang cinta Allah, akan cinta negerinya, akan cinta bangsanya.

Malulah rasanya sekarang ini , kita terpaksa mendapatkan bantuan dari pihak luar untuk menjejaki kembali asal usul kita sedangkan anak tempatan pun apa kurangnya. Cuba beri penghargaan dan dapatkan pandangan mereka yang secara sukarela memperjuangkan Adat Perpatih melalui blog seperti yang dilakukan oleh Suku Biduanda Lela Maharaja Waris Kota di http://waghihbiduandalelamaharaja.blogspot.com , Sasterawan terkenal AF Yassin di http://waris-gadong.blogspot.com serta Anak Rembau di http://www.nagarinantuo.com

Lembaga Muzium Negeri Sembilan, UKM buat kajian jurai Adat Perpatih
24 Januari 2013

SEREMBAN - Lembaga Muzium Negeri Sembilan dan Institut Kajian Etnik (Kita), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akan menjalankan kajian mengenai jurai Adat Perpatih dan sebagai permulaan Luak Inas dipilih dalam kajian itu.

Pengarah Lembaga Muzium Negeri Sembilan Drs Shamsuddin Ahmad berkata taklimat khas mengenainya diadakan di rumah pemangku Penghulu Luak Inas Datuk Bentara Jantan Baharuddin Mohamad Noor di Kampung Sengenyih, Inas, Kuala Pilah baru-baru.

"Tujuan taklimat ini ialah untuk memberi kefahaman kepada Datuk-Datuk Adat (pemimpin adat) Luak Inas mengenai kajian ini yang menyentuh tiga perkara utama iaitu konsep kepersekutuanan Negeri Yang Sembilan, peneguhan kembali komuniti persukuan Adat Perpatih serta pemetaan luak-luak Adat Perpatih dan pentadbiran tanah pusaka," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata tempoh kajian dijangka dua hingga tiga tahun dan pendekatan yang diguna ialah mengadakan siri perjumpaan yang dipimpin datuk lembaga dan buapak dalam suku masing-masing.

Shamsuddin berkata impak kajian ini ialah masyarakat Adat Perpatih dapat mengenali pemimpin mereka dan pemimpin adat pula mengenal pasti anak buah mereka sebagai sebuah masyarakat adat yang telah wujud ratusan tahun.

Beliau berkata hasil dapatan daripada kajian ini adalah kewujudan sebuah pangkalan data khas berkenaan keseluruhan maklumat suku Adat Perpatih berserta carta organisasi kepimpinan adat sesebuah luak serta cadangan untuk mewujudkan pejabat adat di setiap luak yang dikendalikan pembantu tadbir. - Bernama

Terpesona persembahan pelajar sekolah agama


Pada 24 Jan 2013 saya sempat menghadiri Majlis Sambutan Maulid Nabi di Masjid Kg Senama, Rembau. Terkejut tengok beberapa kanak-kanak berpakaian jaket jubah hitam yang cantik dengar berserban lengkap. Rupa-rupanya mereka ini pelajar Sekolah Rendah Islam Integrasi Tahfiz Darul Ulum (SRIIDU) www.facebook.com/SriiTahfizDarulUlum , Seremban datang untuk mengadakan persembahan sebelum ceramah.

Kepada mereka yang ingin menyaksikan persembahan pelajar-pelajar ini , insyaAllah mereka akan mengadakan persembahan di Surau Taman Alamanda, Senawang pada hari Rabu 30 Januari 2013 selepas solat Maghrib sempena Ceramah Maulid Nabi yang akan disampaikan oleh Sohibus Fadilah Ustaz Tuan Haji Nor Azamir bin Haji Alias , Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan.

Kepada mereka yang ingin menyumbang untuk tabung SRIIDU , sila bawa duit pada malam tersebut. 


CERAMAH MAULID NABI
Oleh S.F. Ustaz Tn Hj Nor Azamir Alias , Timbalan Mufti Kerajaan N.Sembilan
Tarikh : 30 Jan 2013, Rabu
Masa : selepas solat Maghrib
Tempat : Surau Taman Alamanda, Senawang http://suraualamanda.blogspot.com
Aturcara :
- Solat Maghrib
- Persembahan pelajar SRIIDU
- Ceramah
- Solat Isya/Jamuan/Besurai

Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir

20130125

Sakit Gout, cuba jus timun dan karot


Nabi s.a.w bersabda: "Berubatlah , sesungguhnya Allah Azza Wajalla tidak meletakkan (kepada manusia) sesuatu penyakit melainkan diturunkan untuknya (penyakit tersebut) penawar kecuali satu penyakit (tiada ubat baginya). Lalu para sahabat bertanya apakah dia? ( penyakit yang tiada ubat itu ya Rasulullah) lalu Rasulullah menjawab, Tua(mati)"

Kalau sakit, terlebih dahulu jumpa doktor, serta ikut nasihat doktor, makan ubat yang diberikan dan bertawakal. Kemudian terpulang untuk melakukan rawatan alternatif selagi tidak bercanggah dengan syarak dan nasihat doktor.

Saya ada gout, sejak beberapa tahun lalu. Puas juga berpantang, makan ubat yang disyorkan doktor, juga rawatan alternatif. Dalam pada masa yang sama saya cuba buat carian di internet makanan apa yang sesuai untuk meneutralkan asid dalam badan.

Alhamdulillah, akhirnya yang sesuai untuk diet saya ialah jus timun campur karot (lobak merah). Ini adalah kerana timun dan karot mempunyai tahap alkali yang tinggi untuk meneutralkan asid urik dalam badan. Apa yang saya amalkan ini, mungkin tidak serasi, mungkin serasi untuk orang lain. Tiada jaminan, hanya dengan izin Allah.

Kadarnya ialah 1 timun dan 1 karot dikisar sekali dan diminum jusnya. Kalau timun dan karot tadi besar buatlah 1/2 timun dan 1/2 karot. Kalau sakitnya masih ada mungkin minum 2 atau 3 kali sehari. Kemudian kalau reda sikit 1 kali sehari. Kalau reda lagi selang sehari. Dan amalkan seminggu sekali untuk selamanya, kerana badan kita ni dah tua, tak dapat nak proses asid urik. Kalau dan sihat, harus terus pantang makanan yang boleh menyebabkan gout.

Semalam saya jumpa kawan saya, minggu sudah dia diserang gout, ubat doktor dah habis, tapi masih belum baik katanya. Saya syorkan dia minum jus timun campur karot. Petang semalam dia minum, pagi tadi dia SMS, Alhamdulillah dah reda sikit.

Sekali lagi, kalau sakit, jumpa doktor, ikut nasihat doktor, makan ubat dan bertawakal. Yang lain rawatan alternatif kita hanya mencuba, Allah yang sembuhkan.

Artikel ini boleh disebarkan dan dikongsi secara percuma tanpa perlu kredit apa-apa. Saya tidak menyarankan mereka yang sakit gout mesti minum jus timun dan karot. Saya hanya berkongsi pengalaman.

Jangan pula sebab artikel ini blog saya di http://rozmal.blogspot.com disekat sepertimana blog saya sebelum ini di http://waghih.blogspot.com

Lagi satu yang saya amalkan ialah minum air beralkali samada air zam zam, air Gau atau sebarang pembekal air beralkali.

Kuliah Ustaz Ruslan 26 Jan 2013


KULIAH TASAWUF
Oleh Ustaz Ruslan Abd Razak
Tarikh : 26 Jan 2013, Sabtu
Masa : 7.40 malam (selepas solat Maghrib)
Tempat : Surau Taman Alamanda, Senawang
Antara Pengisian:
- Ratib Al Hadad,
- Syarah Kitab Tajul ‘Urus,
- Selawat

Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir

20130124

Kenapa berebut nak jadi calon Wakil Rakyat?


Kadang-kadang pelik, kenapa ada yang berebut untuk jadi calon Wakil Rakyat baik sebagai ADUN atau Ahli Parlimen, tak kiralah dari parti apa sekali pun baik dari Barisan Nasional mahu pun Pakatan Rakyat. Secara peribadi kalau boleh saya sendiri tidak mahu menjadi calon Wakil Rakyat. Kalau nak ikutkan, saya lebih selesa dengan kerjaya saya sekarang, dari segi pendapatan, masa untuk keluarga dan anak-anak, masa untuk ke masjid dan surau, masa bersama sanak saudara dan jiran tetangga.

Kalau nak bantu masyarakat, sekarang pun saya boleh bantu sekadar kemampuan saya secara peribadi atau sebagai Setiausaha Surau dan Taman Alamanda, selaku Timbalan Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan atau pun sebagai Yang Dipertua PIBG SMAD Klana.

Macamana pun nama saya naik sebagai salah satu calon di Negeri Sembilan antara beberapa nama lain. Saya sentiasa berharap dan berdoa agar nama calon lain akan dipilih oleh pimpinan atasan. Namun kalau ianya adalah arahan dalam pimpinan atasan untuk saya bertanding juga, saya perlu akur.

Nak katakan saya pandai berceramah, kalau saya di pentas ceramah, tidak banyak isu politik sensasi yang saya utarakan. Atas pentas ceramah saya lebih banyak mengutarakan masalah setempat, masalah sikap budaya orang Melayu yang negatif, masalah sejarah Negeri Sembilan yang semakin dilupakan generasi kini, masalah tanah adat terbiar, masalah masjid-masjid yang lesu, setakat itu saja isu yang saya boleh bawa dipentas ceramah. Kalau tak percaya mungkin rujuk anggota polis di IPD Rembau boleh sahkan kerana mereka ada menyimpan koleksi ceramah di Rembau.

Nak edar risalah-risalah pun, kekadang fikir dua tiga kali apa risalah nak diedarkan, supaya boleh membuka minda pengundi agar bersikap terbuka, rasional, berkasih sayang. Sikap yang boleh membentuk masyarakat yang harmoni seperti mana yang telah ditunjukkan oleh nenek moyang kita dahulu dari keturunan Orang Asli Jakun dan dari Sumatera.

Kepada bakal-bakal calon baik dari PAS, PKR dan Umno, janganlah berebut nak jadi calon. Kalau menang , tanggungjawabnya amat berat di akhirat nanti. Terasa betapa rendahnya martabat kita ahli politik dibandingkan dengan para ulama. Wakil Rakyat kalau meninggal dunia, ramai yang berebut nak jadi calon, tapi kalau seorang ulama meninggal dunia, para ulama minta ulama lain dan menyebut kebaikan ulama lain untuk menjadi pemimpin ulama.

Sekiranya saya dicalonkan dalam masa yang sama saya sentiasa berharap dan berdoa agar ada calon lain yang dipilih, bahan kempen saya cuma satu sahaja di bawah ini.

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kepada para pengundi dan penduduk di DUN Kota dalam kawasan Parlimen Rembau. Saya dilahirkan kira-kira 47 tahun yang lalu di Kg Kota. Setelah puas saya merantau bersama ibu bapa selama lebih 32 tahun akhirnya kami kembali menetap di Rembau iaitu di Kg Bongek.

Setelah habis mengejar ilmu saya juga kembali menetap di Negeri Sembilan sejak 20 tahun yang lalu bersama isteri dan anak-anak. Kini hati saya merasa tenang berada di bumi kelahiran sendiri.

Walau bagaimana pun , saya sentiasa menginginkan agar sanak saudara, jiran tetangga, masyarakat setempat dapat merasakan ketenangan yang dapat dirasakan kami sekeluarga.

Saya merasakan bumi Rembau ini, khususnya di Kota adalah merupakan bumi yang bertuah, bumi yang diberkati. Apabila saya kembali menetap di Negeri Sembilan, perlahan-lahan saya kembali menjejaki akan sejarah dan kewujudan Negeri Sembilan.

Sejak kecil dan di bangku sekolah lagi, saya tidak didedahkan akan betapa uniknya sejarah di Kota ini. Saya terasa amat bertuah apabila mengetahui bahawa tempat kelahiran saya di Kota adalah asal terbentuknya kerajaan Rembau, di mana pada waktu itu belum wujud lagi Negeri Sembilan.

Kota dan Rembau adalah merupakan satu kawasan yang begitu pesat membangun sejak berkurun-kurun lamanya.

Kita dulu hidup dalam satu masyarakat yang penuh harmoni serta mengamalkan sistem demokrasi yang awal di dunia menurut perspektif Islam, iaitu Sistem Adat Perpatih.

Namun kini, generasi kita sudah lupa akan semua ini, mengakibatkan kampung-kampung semakin sepi, rumah-rumah tradisional lama dengan seni bina yang hebat dan unik, satu demi satu semakin terbiar, rebah menyembah bumi.

Adalah hasrat saya agar kita dapat kembali meletakkan DUN Kota ini serta kawasan parlimen Rembau ini satu kawasan yang pesat membangun seperti lebih 600 tahun yang lalu.

Saya inginkan cerdik pandai, ulama, sasterawan, ilmuwan, tokoh politik yang berasal dari Rembau tetapi ramai yang berhijrah luar Rembau, agar kembali berbakti di Rembau ini.

Marilah kita sama-sama bangunkan kembali DUN Kota dan parlimen Rembau ini. Marilah kita berfikir, bekerja bersungguh-sungguh agar anak-anak Rembau yang ingin kembali ke Rembau mudah untuk mereka mendapatkan tapak rumah mengikut kemampuan mereka masing-masing.

Kita boleh bekerjasama dengan semua pihak, terutamanya Dato-Dato Adat yang sejak 600 tahun dulu memainkan peranan yang amat besar memajukan Rembau , meneroka tanah-tanah pertanian, sawah bendang dan kampung-kampung.

Sekiranya saya inginkan kesenangan , saya lebih selesa bekerja sebagai seorang professional di sebuah firma antarabangsa.

Tugasan wakil rakyat bukanlah satu tugas yang mudah, bukanlah satu tugas yang menjanjikan projek untuk diri sendiri dan keluarga. Tugas wakil rakyat memerlukan komitmen dan pengorbanan yang tinggi yang tiada masa untuk mengumpul kekayaan dan untuk berehat.

Tugas seorang wakil rakyat tidak akan berjaya tanpa kerjasama dari masyarakat setempat dari anak buah hinggalah ke Ketua Adat, tanpa mengira suku, kaum, bangsa, agama serta fahaman politik.

Sekiranya saya tidak terpilih mewakili DUN Kota, saya mengharapkan pesaing saya dapat meneruskan hasrat saya untuk kembali kita bersama-sama meletakkan Kota dan Rembau ini digeruni lawan dan dihormati kawan seperti pada awal terbentuknya kerajaan Rembau dan beberapa ratus tahun selepas itu.

Tiada Kota, tiadalah Rembau. Tiada Rembau, tiadalah Negeri Sembilan.

Rozmal bin Malakan
Kg Bongek , Rembau.




20130123

Melayu bunuh Cina kerana judi internet


Ini adalah hakikat apa yang berlaku ketika ini di Malaysia. Orang Melayu semakin parah, semakin ketagih dengan segala bentuk judi, judi ”halal”, judi ”haram”, judi internet. Buatlah berapa banyak serbuan ke atas premis judi internet, ia akan tumbuh semula macam cendawan kerana ada permintaan dari orang Melayu yang setiap minggu tidak diberikan peringatan melalui khutbah Jumaat akan ancaman sebenar sekeliling mereka. Tolonglah berikan hak khatib untuk berkhutbah untuk menyedarkan para jemaah untuk kembali kepada Islam, kenal Allah, takutkan Allah, cintakan Allah.

Balasan bunuh dua orang guna bom
Kosmo 23 Jan 2013

KUALA LUMPUR – Tertekan dengan masalah hutang akibat kalah judi internet, seorang bekas kontraktor komunikasi tergamak meletakkan bom buatan sendiri di depan rumah pengusaha kafe siber sehingga menyebabkan wanita itu dan pekerja lelakinya maut terkena letupan dalam kejadian tiga tahun lalu.

Berikutan perbuatan itu, Mahkamah Tinggi di sini semalam mengarahkan Mohd. Khayry Ismail, 48, dihukum gantung sampai mati selepas dia disabitkan bersalah atas tuduhan membunuh Ng Siew Hong, 51, dan Goh Yong Seng, 35. Kedua-dua mangsa mati akibat melecur teruk di seluruh badan.

Hakim Datuk Su Geok Yiam mengenakan hukuman mandatori terhadap Mohd. Khayry selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan terhadap kedua-dua kes tersebut.

Bapa kepada enam anak itu yang bercermin mata dan memakai jaket biru serta berseluar panjang dilihat tenang di kandang pesalah ketika keputusan dibacakan oleh hakim.

Beberapa ahli keluarga tertuduh yang memenuhi galeri mahkamah dan membaca surah Yasin sebelum prosiding bermula kelihatan sebak.

Mohd. Khayry didakwa membunuh pemilik kafe siber itu, Siew Hong dan pekerjanya, Yong Seng antara pukul 8 pagi dan pukul 8.30 pagi, 29 Ogos 2010 di hadapan rumah No. 2-12-4, Apartmen Desa Tun Razak, Blok 2, Jalan 8/118B, Desa Tun Razak, Cheras di sini.

Dakwaan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh sebelum kejadian itu kerap kali kalah judi di kafe siber milik wanita separuh umur itu sehingga dia terpaksa meminjam wang daripada mangsa.

Tertuduh kemudian memberitahu rakan-rakannya bahawa dia ingin melakukan sesuatu yang buruk terhadap mangsa dengan membuat satu bahan letupan.

Pada awal pagi kejadian, tertuduh pergi ke rumah mangsa dan meninggalkan sebuah kotak sebesar saiz televisyen 14 inci berisi bahan letupan di depan pintu rumah mangsa di tingkat 12.

Salah seorang mangsa yang cuba mengangkat kotak yang di atasnya turut diletakkan sebiji limau bali menyebabkan kotak tersebut meletup. Letupan itu turut menyebabkan Siew Hong cedera parah akibat melecur.

Bukti keterangan dilakukan tertuduh berdasarkan beberapa pengakuan yang dibuat oleh tertuduh kepada rakan-rakannya selepas kejadian itu.

Terdahulu, peguam Hanif Hashim dan Zambri Ibrahim dalam rayuan berkata, anak guamnya tiada kesalahan lampau dan menyesal atas perbuatan tersebut.

“Tertuduh tidak mengenali mangsa kedua tetapi mangsa pertama merupakan rakannya yang dipanggil kakak,” kata Hanif yang memohon supaya mahkamah menggunakan budi bicara menjatuhkan hukuman terhadap anak guamnya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib berhujah supaya faktor kepentingan awam lebih diambil kira berbanding kepentingan sendiri kerana bukan sahaja dua nyawa melayang tetapi ahli keluarga kedua-dua mangsa itu turut kehilangan orang yang disayangi.

Perbicaraan bermula 29 November 2011 dengan pendakwaan memanggil 40 saksi manakala pembelaan tiga saksi termasuk tertuduh yang memberi keterangan bersumpah.

Pembelaan memfailkan notis rayuan keputusan itu ke Mahkamah Rayuan semalam.

Cina bukan Islam di Rembau pandai guna kalimah Allah



Ada seorang kenalan arwah ayah saya di Kota, Rembau, namanya orang kampung panggil Ah Lek, saya pun panggil pakcik ni Ah Lek. Umur sekitar 60an, baik dengan arwah ayah saya kerana dia banyak menguruskan kebun-kebun dan ladang-ladang di sekitar kampung kepunyaan penduduk kampung.

Setiap kali pertemuan arwah ayah saya dengan dia , pakcik Ah Lek akan sentiasa mengucapkan kalimah Allah, mengalahkan orang Melayu walaupun dia bukan beragama Islam.

Jumpa saja arwah ayah saya dia akan terlebih dahulu beri salam, dengan ucapan salam yang sempurna. Kalau tanya apa-apa dia akan cakap , insyaAllah. Kalau memulakan pekerjaan seperti mengangkat barang dia akan cakap Bismillah, kadang-kadang dia kata Bismillahirahmanirrahim.

Cuma dia belum mendapat hidayah Allah. Masyarakat di sekitar pula tidak mempraktikkan Islam sepenuhnya, masjid-masjidnya banyak yang mati seperti apa saya cerita dalam blog saya yang telah disekat, dan saya ulang siar di bawah ini.

Semoga Allah mengampunkan dosa saya kerana gagal berdakwah kepada pakcik Ah Lek agar terbuka pintu hatinya untuk menerima Allah sebagai ”the only God”.

MASJID MASJID YANG MATI DI N.SEMBILAN, NEGERI BERADAT

Pada Sabtu 19 Mac 2011 saya menghadiri jemputan kenduri perkahwinan sahabat saya di Kg Kuala Dadeh, Sawah Raja, Kota, N.Sembilan bersama anak lelaki saya yang berusia 14 tahun. Dalam perjalanan pulang dari kenduri tersebut telah hampir waktu zohor. Lalu saya berkira-kira nak solat zuhur di mana, di Kota atau di Chengkau. Rasanya nak solat di Chengkau, tetapi teringat pesanan Tuan Guru Haji Basiron, bila dah masuk waktu solat terus di masjid terdekat, jangan tangguh-tangguh.

Kalau solat di masjid Chengkau, tempat letak keretanya selesa, ada warung lagi luar masjid. Oleh kerana dah sampai Masjid Kariah Kota dulu , lalu saya pun berhentilah solat zuhur di Kota. Sampai di perkarangan masjid nampak begitu ramai para jemaah Tabligh, semuanya orang asing, barangkali dari Pakistan yang baru juga sampai.

Lepas ambil wudu adalah 2 orang yang saya rasa orang tempatan yang saya tidak kenal. Ruang utama dalam masjid berkunci, ruang sebelah tidak berkunci. Saya ingatkan dah azan zuhur, salah seorang orang tempatan tadi pun mulalah ikamah, saya minta seorang yang berkopiah menjadi imam, dia pula minta saya jadi imam. Saya pun jadilah imam, walaupun saya tiada tauliah untuk jadi imam solat zuhur di masjid kariah.

Selepas solat saya terfikir, mana pergi imam yang dibayar elaun dengan kenaikan elaun yang lebih tinggi pada tahun 2011 ini? Mana perginya bilal kalau tiada imam? Mana perginya siak kalau tiada bilal? Mereka semua ini dibayar elaun untuk apa? Imam 2 , Imam 3 hingga Imam 10 kalau ada, rasanya tidak dibayar elaun.

Apakah Pengarah Jabatan Agama Negeri Sembilan hanya pentingkan imam untuk baca teks khutbah yang dibekalkan setiap minggu, jika tidak dibaca teks khutbah yang dibekalkan maka tindakan keras akan diambil?

Apakah Pengarah Jabatan Agama, Pengerusi Majlis Agama, Ketua Agama Islam di Negeri Sembilan ini tidak kisah ada masjid-masjid di Negeri Sembilan ini yang tidak didirikan solat fardu 5 waktu?

Orang Kota, Rembau jangan marah ye, saya pun dilahirkan di Kg Kota Pulau, Kota, N.Sembilan. Saya tegur ni, bukan saya marah kepada imam, kepada bilal, kepada siak, kepada Pengarah Jabatan Agama dan seterusnya. Tapi saya rasa kasihan dan belas ehsan (bukan wang ehsan) bagaimana mereka nak jawab semua perkara ini dalam kubur, di padang Mahsyar , di hadapan Raja segala Raja nanti.

Cubalah buat kajian berapa banyak masjid-masjid di N.Sembilan ini yang tidak didirikan solat fardu 5 waktu, kita ada USIM, kita ada MAINS, kita ada JHEAINS, kita ada UITM, kita ada Pusat Dakwah, saya cuma ada Allah dan Blog saya

Jangan tangguh-tangguh, malaikat maut melawat setiap seorang kita 70 kali sehari.

Kalau bukan sekarang, bila? Kalau bukan kita, siapa?

Semasa kenduri di Sawah Raja tadi seorang sahabat beritahu pasal cerita Khutbah Jumaat di Masjid Seremban Selatan. Katanya Ustaz Khusairi Hamthan tidak mahu berkhutbah Jumaat lagi, kerana arahan Jabatan Agama Islam N.Sembilan WAJIB baca khutbah ikut teks. Mungkin ada imam boleh sahkan cerita ini.

Agaknya Tan Sri P.Ramlee dah lama nampak kekalutan pengurusan agama Islam dan masjid di Malaysia ini, cuba perhati betul-betul dalam kisah Musang Berjanggut, banyak sindiran. Antaranya Kadi Nikah Kahwin, mungkin sekarang perlu ditukar ke Imam Nikah Kahwin, dimana fungsi imam hanyalah nikah kahwin sekarang bukannya untuk memberi peringatan kepada masyarakat setempat semasa kuliah, ceramah atau khutbah Jumaat. Dan tugas imam juga ikut suka hatilah untuk imam solat fardu 5 waktu, kerana tiada tindakan akan diambil ke atas mereka.

Pada 18 Mac 2011 topik khutbah Jumaat satu Malaysia adalah mengenai Air, tapi bukan Air Tsunami. Satu dunia cerita pasal Tsunami di Jepun, khutbah Jumaat di Malaysia tidak langsung mengaitkan mengenai Tsunami sebagai iktibar, tapi cerita pasal air supaya kita berjimat cermat, tak salah, cuma tak kena masanya.

Pengerusi Majlis Agama Islam N.Sembilan dan Menteri JAKIM, bangunlah dari tidur kalian semua.

Jangan biarkan lebih banyak masjid-masjid di Negeri Sembilan dan Malaysia ini mati.

Ese makmum yo, bukan imam.

Oh Negeri Sembilan, Negeri Beradat, kaya dengan adat tapi miskin iman

MANA IMAM MASJID YANG DILANTIK KERAJAAN WAKTU SOLAT FARDU?

Baru-baru ini pada hujung tahun 2012 saya singgah di sebuah masjid di tepi jalan utama di Negeri Sembilan untuk solat Maghrib. Waktu saya sampai waktu Maghrib lagi 5 minit nak masuk. Hanya kelihatan seorang jemaah yang bukan ahli kariah masjid tersebut. Apabila masuk waktu selepas beberapa minit menunggu, disebabkan bilal belum sampai maka jemaah yang seorang tadi yang bukan bilal rasmi masjid tersebut pun azan.

Selepas solat sunat, selepas beberapa minit menunggu, jemaah tadi pun iqamah. Ada seorang jemaah lain lagi baru datang, saya pun mintalah jemaah tadi jadi imam, dia kata dia bukan orang situ, yang azan pun bukan orang situ, lalu mereka minta saya jadi imam. Saya pun bukan ahli kariah masjid tersebut, dalam perjalanan pula, pakai seluar lagi. Dah tak ada orang tempatan dalam jemaah lalu saya mengimamkan solat Maghrib.

Saya mohonlah agar mereka yang bertanggungjawab menjaga masjid terutama yang ada kuasa memerintah supaya tolong perhatikan apa yang berlaku di masjid-masjid di Negeri Sembilan ini. Adakah imam yang dilantik menjalankan tugas, adakah elaun yang diberi cukup untuk imam datang mengimamkan solat, adakah elaun yang diberikan kepada bilal cukup untuk bilal datang melaungkan azan.

Atau kita hanya sekadar jadi juara di Perhimpunan Agung atau Muktamar sahaja?

Atau kita hanya bermegah-megah dengan masjid yang harganya berjuta-juta ringgit tetapi bukan sahaja tiada makmum, bahkan tiada imam rasmi yang dilantik oleh kerajaan untuk mengimamkan solat pada setiap waktu?

Masalah seks bebas makin serius, khutbah Jumaat tidak membantu



Dalam kita sibuk dengan pelbagai ancaman terhadap orang Melayu serta umat Islam di Malaysia ini, kita lupa satu masalah besar yang berlaku di sekeliling kita, di sekolah anak-anak kita. Kajian terkini Universiti Teknologi Malaysia mendapati masalah seks bebas di kalangan pelajar sekolah semakin serius. Malangnya khutbah-khubtah Jumaat di Malaysia sudah beku, tepu, membosankan, khatib tidak dilatih berkhutbah memberi kesedaran kepada jemaah betapa seriusnya gejala sosial di sekolah anak-anak para jemaah yang datang solat Jumaat.

The Star
Tuesday January 22, 2013

UTM survey finds secondary school teenagers with multiple sex partners

JOHOR BARU: A sex survey by Universiti Teknologi Malaysia (UTM) has found an alarming number of sexually active secondary school students with multiple sex partners.

“We carried out the research in 2011 among 1,000 secondary school students (aged 15 to 17) in 50 schools statewide.

“About 10% admitted they had sexual intercourse and some admitted to having intercourse with multiple partners,” said UTM Education faculty lecturer Faizah Abd Ghani, who headed the research.

She added students who took part in the research also admitted practising “friends with benefits” (friends with sexual relationships without emotional attachments).

Faizah revealed this at a press conference here yesterday to introduce a self-help kit aimed at tackling the issue of casual sex among teenagers in the country.

Called Model Sayangku, the kit includes a book on how to overcome sexual needs and a log book for the youngsters to write down their progress in overcoming the issue.

The book, which took four months to complete, is based on the university's findings and uses Islamic values and verses from the Quran to teach students the importance of self-value.

Faizah said the findings also correlated to cases of baby dumping and abortions among teenagers.

“A recent report from the Islamic Development Department of Malaysia (Jakim) showed some 257,000 babies were born out of wedlock in the country from 2002 to 2012.

Their races were not stated.

“All this can be connected to sexually active teenagers,” she said.

Faizah said the research showed teenagers wanted to be in relationships due to factors including physical attraction and friendship,

“Most counsellors at schools are not well-equipped to address sexual issues and we hope this kit will provide guidelines to overcome this problem,” she said, adding that all students who took part in the survey were given a copy.

Faizah said the kit had received positive feedback from the Johor Education Department and the Education Ministry.

20130121

Semarak Maulid Nabi 24 Jan 2013 di Rembau


CERAMAH MAULID NABI
Oleh Ustaz Abdul Mukti Baharudin , Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
Tarikh : 24 Jan 2013
Hari : Khamis
Masa : Selepas Maghrib
Tempat : Masjid Kg Senama, Rembau
Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir

20130120

Isu Kalimah Allah umpama Peristiwa 911


Semoga polemik isu kalimah Allah akan menjadi seperti peristiwa World Trade Centre di New York yang musnah dilanggar kapalterbang kononnya dilakukan oleh pengganas atas nama jihad Islam. Susulan peristiwa 911 tersebut ramai warga Amerika Syarikat serta Eropah ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Islam, dan akhirnya apa yang mereka ketahui ialah Islam adalah agama yang membawa kepada keamanan, keadilan dan sebagainya.

Begitu jugalah dengan isu kalimah Allah di Malaysia ini. Semoga orang Melayu dan orang Islam lebih bertekad untuk meningkatkan iman, taqwa, amal ibadah, solat jemaah di masjid dan seterusnya sebagai usaha untuk memartabatkan dan menjulang kalimah Allah.

Semoga orang bukan Islam di Malaysia ini bertambah minat untuk mengetahui siapa Allah yang disembah oleh umat Islam.

Saya tiba-tiba menerima SMS dari seseorang yang tidak dikenali seperti berikut ;

“Saya amat hormati pendirian saudara walau saya seorang beragama …..(bukan Islam) dari negeri ….. . Sebagai pelajar Sejarah Islam, saya tahu Allah yang Maha Esa ialah Satu, saya dukung itu”.

Blog saya disekat kerana didapati berbahaya


“They can kill my blog, but they cannot kill my thought, insyaAllah”. Terkejut tiba-tiba blog saya http://waghih.blogspot.com yang telah bertahun-tahun tersiar dan jumlah pengunjung pun tak seberapa tiba-tiba disekat kerana mempunyai artikel yang berbahaya kepada sesuatu pihak.

Pelik juga, rasanya dalam blog saya tak ada pula sentuh pasal skandal seks, skandal rasuah, isu Scorpene, isu cincin RM24 juta, isu Deepak, dan lain-lain isu yang hebat-hebat.

Tak tahulah.

Mungkinkah blog saya disekat kerana saya memperjuangkan hak khatib untuk berkhutbah bukan membaca khutbah?

Adakah blog saya disekat kerana memberi tunjuk ajar buat pelancar roket dengan modal tak sampai RM5? Roket air je, bukan roket betul.

Adakah blog saya disekat kerana mengutarakan masalah masjid-masjid yang mati di Malaysia ini, khususnya di Negeri Sembilan?

Adakah blog saya disekat kerana membesarkan isu tandas-tandas masjid yang kotor, yang secara tidak langsung menunjukkan tahap kebersihan umat Islam di Malaysia?

Adakah blog saya disekat kerana saya memperjuangkan Adat Perpatih, untuk memberi lebih ruang dan kuasa kepada Dato Lembaga Adat agar masalah tanah dan rumah terbiar dapat diatasi.

Atau blog saya disekat dengan pelbagai isu setempat dan masyarakat yang lain?

Lantaklah. Sekat blog tadi kita buka blog lain pula di http://rozmal.blogspot.com


Kalimah Allah dibuang bersepah atas jalan oleh pelajar Melayu






Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa lambang polis (PDRM), tentera (ATM), Bomba dan beberapa pasukan keselamatan dan agensi kerajaan di Malaysia ini ada tertulis kalimah Allah dan Muhammad dalam tulisan Arab. Kalau ada yang tahu pun, orang ramai, khususnya anggota polis, tentera, bomba dan sebagainya tidak tahu bagaimana untuk menjaga kesucian kalimah ini.

Saya diberitahu dalam satu majlis polis bersama pelajar dan guru di sebuah sekolah di Negeri Sembilan, para pelajar dan guru diberikan beberapa maklumat semasa diletak dalam beg kertas sumbangan PDRM yang dengan begitu jelas logo PDRM yang ada kalimah Allah dan Muhammad.

Beg kertas yang ada kalimah Allah dan Muhammad ini bukan sahaja diberikan kepada pelajar beragama Islam, bahkan pelajar bukan beragama Islam juga menerimanya.

Selepas selesai program polis bersama pelajar sekolah tersebut, terdapat pelajar yang membuang beg kertas PDRM tadi merata-rata, ada yang diatas lantai, atas jalan dan sebagainya. Polis pula tidak memberi penerangan kepada para pelajar dan guru, khususnya pelajar beragama Islam supaya dijaga betul-betul kalimah Allah dan Muhammad tersebut.

Akhirnya yang mengutip semula beg-beg PDRM yang bersepah-sepah atas jalan yang mungkin terpijak oleh orang ramai yang lalu lalang ialah guru-guru yang prihatin.

Justeru itu adalah perlu pimpinan tertinggi polis, tentera, bomba dan sebagainya agar memberi tunjuk ajar kepada anggota bawahan mereka bagaimana mereka harus menjaga kesucian kalimah Allah dan Muhammad ini pada topi mereka, pakaian mereka, tali pinggang mereka dan lain-lain peralatan.

Khutbah-khutbah Jumaat di IPK, IPD, kem tentera harus memberi penekanan kepada anggota pasukan keselamatan agar tidak sembarangan mencetak logo PDRM, ATM , yang orang ramai tidak tahu hendak menjaganya.

JAKIM dan Majlis Agama Islam juga harus memberikan panduan serta prosedur kepada ATM, PDRM, Bomba dan sebagainya bagaimana penggunaan kalimah Allah dan Muhammad ini oleh anggota pasukan keselamatan dan seragam yang beragama Islam dan yang bukan beragama Islam.