KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20140530

Orang Melayu mesti sentiasa ada parang yang tajam


Bukan Melayu namanya kalau tiada parang yang tajam pada setiap masa. Datuk dan ayah kita dulu di kampung sentiasa ada parang yang amat tajam, mudah untuk mereka melakukan apa-apa tugas semasa gotong royong kenduri kendara. Kalau ada pokok atau pohon buluh yang rebah di jalan, senang untuk dibersihkan dengan parang yang tajam.

Tapi sayang anak muda Melayu kita sekarang tak tahu nak asah parang, tak tahu guna parang. Musim cuti sekolah ini remaja kita hanya seronok ke hulu ke hilir naik motosikal, walaupun tiada lesen.

Marilah kita hidupkan balik budaya Melayu ini dengan sentiasa ada parang tajam, kalau ada pokok tumbang semasa memandu senang nak dibuang.

Kalau tak tahu cara nak asah parang, jangan malu nak belajar. Jangan asah parang tanpa air, nanti cepat tumpul.

Kalau perjuang Melayu, mesti tahu asal usul


Orang Rembau yang perjuangkan Melayu perlu sayang bangsa mereka, tahu asal usul mereka. Tapi sayang seribu kali sayang, ramai anak muda Melayu yang saya jumpa di Rembau, bila saya tanya apa suku mereka, mereka tak tahu, mereka tak ambil kisah.

Kenalah saya buka cerita sejarah Rembau, agar mereka berminat untuk mengkaji asal usul mereka.

Akhir sekali saya suruh mereka balik rumah, tanya emak mereka, mereka ini suku apa.

Macamana nak mengaku orang Rembau, Melayu Rembau kalau tak tahu suku apa?

Kalau orang tanya saya, saya akan kata saya ni keturunan Orang Asli dari Suku Jakun.

Soalan cepumas, Ahli Parlimen kita suku apa? Buek malu Pemuda Rembau saja kalau tak tahu jawapannya.

Berat sama dipikul



Alhamdulillah saya telah menerima RM300 sumbangan daripada seorang individu untuk makcik Zainab di Kg Tg Sena Hulu dan RM100 daripada individu lain untuk pakcik Latif di Kg Batu Hampar. InsyaAllah saya akan sampaikan pada hujung minggu ini. Saya harap mereka yang ingin membantu khususnya orang Rembau baik yang berada di Rembau atau di perantauan agar salurkan terus kepada keluarga ini. Sebaiknya sumbangan apa yang mereka hajatkan iaitu katil khas, katil beroda, lampin pakai buang dan susu khas.

Tabah jaga suami terlantar
29 Mei 2014

REMBAU - Melihat keadaan suami yang terlantar lesu, hatinya sedih dan sayu. Namun, Norpiah Majid, 67, menerima dugaan itu dengan kuat dan tabah demi meneruskan kelangsungan hidup. Suaminya, Abdul Latif Osman@Othman, 77, berhenti kerja setelah mengalami masalah kesihatan dan memerlukan penjagaan rapi, sejak setahun lalu.

“Kini, dia terlantar sakit dan terpaksa memakai lampin pakai buang kerana tidak mampu bergerak lagi. Malah saya juga harus membantu menyuapkan makan dan minum suami,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Batu Hampar, dekat sini.

Menurutnya, dia amat berharap agar permohonannya untuk mendapatkan katil khas diluluskan segera bagi memudahkan dia menguruskan suaminya terlantar sakit.

Hanya bergantung pada susu khas
24 Mei 2014

REMBAU - “Mak perlu dijaga seperti anak kecil kerana setiap tiga jam sekali, mak perlu diberi susu. Sebab itu setiap kali melihatnya, saya sedih." Demikian luahan seorang anak Hamidah Monson, 53, apabila emaknya, Zainab Ahmad, 79, hanya mampu terbaring sejak diserang strok sebelah badan kirinya lebih tiga tahun lalu.

"Malah saya perlu berhati-hati kerana susu itu perlu diberi melalui salur khas yang dipasang di hidung mak, di mana setiap dua kali seminggu kakitangan kesihatan akan datang untuk menukar salur baharu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tanjung Sena Hulu, dekat sini, semalam.

Justeru itu katanya, dia amat berharap permohonannya untuk mendapatkan katil beroda untuk emaknya akan berjaya.

15 tahun derita sakit misteri
8 Mei 2014

REMBAU –“Ada masanya saya terasa sakit seluruh badan. Sakitnya seperti dicucuk duri. Tapi, doktor kata saya hidap sakit usus,” luah Rokiah Baba, 59, ketika ditemui di kediaman sewa anaknya di Jalan Datuk Mohd Dom, dekat sini, semalam.

Walaupun Rokiah memperoleh bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM270 sebulan, namun jumlah berkenaan tidak mencukupi untuknya menampung perbelanjaan membeli lampin pakai buang dan kos ke hospital.

Menurutnya, susulan masalah kewangan yang dihadapinya itu, ada kalanya dia terpaksa menggunakan surat khabar sekiranya kehabisan lampin pakai buang dan tidak mampu untuk membeli keperluan perubatan lain.

Bayaran cukai tanah di Rembau perlu ditangguh agar orang kampung tidak teraniaya


Di Negeri Sembilan cukai tanah perlu dibayar sebelum 1 Jun 2014, jika tidak pemilik tanah akan didenda. Semalam 29 Mei 2014 kakak saya ke Pejabat Tanah Rembau untuk membayar cukai tanah kerana bil cukai tanah untuk 3 lot tanah telah tidak diterima. Apabila kakak saya ke sana, Pejabat Tanah Rembau, bil semasa cukai tanah tidak dapat semak, mungkin sistem komputernya masih belum dapat dibaiki akibat kebakaran besar bangunan Pejabat Daerah Rembau pada Februari 2014 yang lalu.

Lalu kakak saya diminta untuk pergi ke Pejabat Tanah Seremban untuk menyemak, mendapatkan bil cukai tanah dan membayar cukai tanah di Seremban.

Mungkin ramai lagi pemilik tanah di Rembau tidak sedar akan perkara serta mengalami masalah yang sama jika mereka tidak mendapat bil cukai tanah tahun 2014 dan tidak semena-mena akan didenda.

Saya harapkan agar Pejabat Tanah dan Galian Negeri Sembilan memberi kelonggaran kepada pemilik-pemilik tanah di Rembau yang belum lagi membayar cukai tanah dengan menangguhkan tarikh denda lewat bayar cukai tanah sehingga sistem komputer di Pejabat Tanah Rembau beroperasi sepenuhnya.

20140529

Ramai rupanya yang hidup susah di Rembau




Ini ialah kes ke 3 yang disiarkan akhbar dalam tempoh sebulan di Rembau. Mungkin banyak lagi kes seperti ini? Adakah masyarakat sekitar menyerahkan bulat-bulat tanggungjawab membantu keluarga seperti ini kepada JKM, Baitulmal, ADUN atau Ahli Parlimen? Kita di Rembau perlu lakukan sesuatu, kerana ramai saudara mara kita duduk di luar Rembau tidak mengetahui kisah penderitaan orang kampung di sini.

Saya yakin, ramai yang ingin menghulurkan bantuan dalam bentuk lampin dewasa, katil beroda, katil khas, kerusi roda, pembayaran bil air dan elektrik secara atas talian, beras, gula dan makanan asas yang lain.

Masjid-masjid yang mempunyai simpanan kewangan yang banyak pun sepatutnya memainkan peranan dalam membantu ahli kariah mereka.

Sesiapa yang ingin membantu sila hulurkan terus bantuan sebaiknya dalam bentuk barangan keperluan kepada keluarga ini.

Jika hendak dihulurkan melalui saya sila e-mel ke rozmal@yahoo.com atau SMS 012-2267406 atau PM FB : Rozmal

TABAH JAGA SUAMI TERLANTAR

29 Mei 2014 REMBAU - Melihat keadaan suami yang terlantar lesu, hatinya sedih dan sayu. Namun, Norpiah Majid, 67, menerima dugaan itu dengan kuat dan tabah demi meneruskan kelangsungan hidup. Suaminya, Abdul Latif Osman@Othman, 77, berhenti kerja setelah mengalami masalah kesihatan dan memerlukan penjagaan rapi, sejak setahun lalu.

Keadaannya itu menjadikan Abdul Latif yang dahulunya bekerja sebagai pengawal keselamatan di bengkel Mara, terpaksa bergantung harap pada isteri dan ahli keluarga untuk mengurus diri.

“Kini, dia terlantar sakit dan terpaksa memakai lampin pakai buang kerana tidak mampu bergerak lagi. Malah saya juga harus membantu menyuapkan makan dan minum suami,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Batu Hampar, dekat sini.

Tambah Norpiah, suaminya merupakan penerima bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 dan Baitulmal sebanyak RM200.

Namun kata Norpiah, semua bantuan itu digunakan  untuk keperluan suaminya dan ubat-ubatan mereka sekeluarga memandangkan dia serta anak-anaknya juga menghidap penyakit kronik.

“Kadang-kala saya berasa sangat sedih apabila diuji seperti ini. Suami terlantar sakit, sementara anak-anak saya pula silih berganti ditahan di wad hospital.

Menurutnya, dia amat berharap agar permohonannya untuk mendapatkan katil khas diluluskan segera bagi memudahkan dia menguruskan suaminya terlantar sakit.

20140527

Kenapa perlu tunggu ADUN untuk periksa lampu jalan?




Cara politik orang Melayu perlu berubah kalau hendak berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan bangsa lain. Periksa lampu jalan tak perlu tunggu ADUN turun padang. Ada masalah sikit mengadu pada ADUN, mengadu pada YB. Kita rakyat biasa yang prihatin sepatutnya boleh buat, apa lagi JKKK, Ketua Kampung dan seterusnya.

Mudah saja. Perhatikan lampu jalan sekeliling kita yang tidak berfungsi. Ambil nombor tiang pada lampu jalan tersebut. Telefon TNB di talian 15454, nyatakan nombor tiang dan alamat lampu jalan tidak berfungsi. InsyaALLAH, TNB akan baiki dalam tempoh 48 jam.

Begitu juga mereka yang perlukan bantuan JKM atau Baitul Mal. Kita boleh tolong semak status bantuan mereka secara online. Cetak keputusan permohonan dan serahkan kepada pemohon supaya mereka tidak tertunggu-tunggu keputusan JKM tersebut.

Kalau permohonan mereka ditolak, kita boleh buat aduan terus ke laman web JKM atau melalui Sistem Pengaduan Awam SPANS di http://spans.gov.my/

Ayuh, kalau kita boleh membantu, boleh membuat perubahan dan kita mampu, bantulah, sebelum ALLAH tarik nikmat mata, nikmat telinga, nikmat tangan dan sebagainya daripada kita. Tak perlulah kita kata ini kerja YB, kerja ADUN, kerja Ahli Parlimen, kerja Imam, kerja Siak, kerja Menteri.


ADUN TURUN PADANG PERIKSA LAMPU JALAN

JELEBU 17 April 2014 - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klawang, Datuk Yunus Rahmat mengambil pendekatan turun padang waktu malam ke sekitar taman perumahan bagi mengenal pasti lampu jalan yang tidak berfungsi dan keperluan pemasangan lampu baharu.

Katanya, program berjalan malam itu bertujuan selari dengan dasar pencahayaan yang ditetapkan kerajaan negeri dalam usaha menambah bilangan lampu mengikut keperluan selain menyelenggara lampu yang rosak.

Isu coklat Cadbury, hanya “Tip of the ice berg”




Isu DNA babi jangan jadi isu hangat-hangat tahi ayam. Isu DNA babi dalam coklat Cadbury hanyalah “Tip of the ice berg” , bermaksud mungkin masih ada banyak lagi makanan lain, syarikat lain yang tercemar dengan DNA babi.

Kementerian Kesihatan dan JAKIM perlu mendapatkan laporan penuh dari Cadbury apakah bahan DNA babi tersebut. Sekiranya bahan DNA babi tersebut telah dikenal pasti, periksa makanan lain bukan sahaja di kilang Cadbury yang menggunakan bahan tersebut.

Contoh, jika bahan tersebut ialah pengawet, siasat adakah kilang yang mengeluarkan pengawet tersebut ada sijil halal, kalau ada, perkara ini akan berlanjutan dan perlu di siasat untuk mempastikan adakah kilang bahan pengawet tersebut ada mengedarkan produknya ke industri makanan atau perubatan yang lain.

Satu jawatankuasa khas perlu ditubuhkan untuk menyiasat isu DNA babi ini yang melibatkan semua kepakaran.

InsyaAllah, saya menawarkan diri untuk membuat “traceability” terhadap DNA babi ini dan saya percaya ramai professional di luar sana akan menawar diri secara percuma demi kepentingan umat Islam di Malaysia ini.

Keluar peluh cara mudah, murah dan banyak manafaat


Kita bukan sahaja boleh mengeluarkan peluh untuk menyihatkan badan dengan berjogging, senaman aerobik, berjalan, bermain futsal dan sebagainya untuk membakar kalori. Malahan banyak aktiviti lain yang boleh membakar kalori dalam pada masa yang sama dapat membersihkan alam sekitar.

Kalau kita berjogging atau bersenam aerobik selama 30 minit akan membakar 220 kalori. Sebaliknya kalau kita mengemas rumah kita sendiri, atau membasuh tandas masjid atau surau, vakum karpet surau selama 30 minit kita akan membakar 110 kalori. Lepas tu bila kita balik rumah pula, tolong isteri mop lantai, lap tingkap, vakum karpet atau basuh kereta selama 30 minit, kita akan bakar 110 kalori.

Marilah kita kempen masyarakat sekitar kita untuk bersenam dengan melakukan aktiviti yang menyihatkan dan bersih, aktiviti serampang berpuluh mata. Badan sihat, peluh keluar, rumah bersih, kereta bersih, surau bersih, insyaAllah pahala pun berganda-ganda.

Boleh kira sendiri berapa kalori dibakar dalam pelbagai aktiviti di pautan berikut

20140526

Orang Melayu kena belajar berpolitik dari orang Cina


Orang Cina walaupun berlainan parti politik, tapi dalam soal pendidikan, soal perniagaan, soal masyarakat mereka bersama mencari jalan penyelesaian dan memajukan masyarakat mereka.

Alhamdulillah, hujung minggu semalam dan kelmarin amat sibuk. Sibuk, dalam masa yang sama dapat melayani kehendak keperluan ibu.

Hari Sabtu, memenuhi undangan jiran sebelah rumah, yang merupakan ketua cawangan Umno setempat, seorang kontraktor yang amat berjaya di Negeri Sembilan. Walau pun berlainan parti, kami saling faham memahami antara satu sama lain. Bab politik lain, bab berjiran lain. Masa pilihanraya tempat dia jadi bilik gerakan BN DUN Kota, tempat saya pula jadi bilik gerakan Pakatan Rakyat DUN Kota.

Hari Ahad pula bersama dengan AJK dan ahli PAS DUN Kota melawat 2 orang veteran PAS di DUN Kota yang berumur hampir 90 tahun, tetapi masih sihat cara tua, masih baik ingatan mereka.

Terpegun pemuda PAS yang bersama saya mendengar cerita sejarah kampung dan sejarah perjuangan PAS di Negeri Sembilan, lagi seronok dan kaget dengar cerita 2 orang veteran ini dari tengok Cerekarama, cerita Bollywood dan Hollywood atau baca Harakah. Cerita 2 orang veteran ini tidak pernah kita dengar sebelum ini.

Veteran pertama, Pakcik Mad Tabir gelarannya di Kg Baru Chengkau. Dia cerita bagaimana Dato Asri Presiden PAS pada waktu itu sering datang ke Negeri Sembilan berjumpa dengan beberapa pejuang PAS pada waktu itu. Bersemangat dia bercerita dalam keadaan tangan menggigil.

Veteran kedua, pakcik Bakar. Pakcik Bakar ni yang banyak kisah kampung dan kisah perjuangan PAS yang diceritakan. Cerita zaman British, zaman Jepun, zaman darurat Komunis.

Walaupun Jepun zalim, tetapi antara kebaikan Jepun ialah apabila Jepun nampak pemuda kampung di Rembau melepak, dilempangnya Jepun tadi pemuda kampung. Orang Jepun marah, sebab tanah banyak, hutan banyak, orang Jepun suruh orang Melayu bercucuk tanam. Barulah orang Melayu hendak meneroka tanah dan bercucuk tanam.

Sekarang ni pun kita tengok ramai pemuda dan petua kita yang melepak, sedangkan tanah banyak yang terbiar di Rembau. Eloknya Nazir Masjid, Penghulu, JKKK lempang juga mereka yang suka melepak ini, tapi sekarang tak boleh, silap-silap masuk mahkamah.

Pakcik Bakar ni dulu sebelum merdeka ialah Pemuda Umno, tetapi apabila ditubuh Perikatan dia menyertai Parti Negara bersama Onn Jaafar, dan di Rembau yang bertanding pada waktu itu ialah Baba Ludek, Presiden Parti Negara selepas Onn Jaafar.

Pakcik Bakar cerita dulu ada Sekolah Melayu guna tulisan Jawi. Lepas tu musnah sekolah Melayu, jadi Sekolah Umum. Lepas Sekolah Umum barulah timbul Sekolah Kebangsaan. Pakcik Bakar kata sekolah Kebangsaan untuk bangsa apa? Cina ada Sekolah Kebangsaan Cina, India ada Sekolah Kebangsaan Tamil, Melayu?

Zaman Komunis pula pakcik Bakar cerita di Rembau atau di Kota ada 2 orang Melayu yang dibunuh yang tidak dapat mendapat pembelaan yang sewajarnya. Salah seorang ialah Pak Sedara Undang Rembau, Undang Dato Dolah. Yang hendak menuntut pembalasan ialah Dato Menteri (Tok Montoghi). Tok Montoghi pakai selempang jumpa keluarga yang kena bunuh tadi seorang diri. Dia minta izin untuk membalas dendam. Tok Monotghi minta izin untuk hapuskan semua orang Cina di Kota seorang diri pada waktu itu. Keluarga mangsa tidak izinkan, mereka reda.

Disebabkan kemarahan yang memuncak, Tok Montoghi peluk sebelah tangan pokok nangka yang besar, lalu dicabutnya pokok tadi dengan akar-akarnya. Pakcik Bakar kata Tok Montoghi ni hebat orangnya, dia pernah nampak Tok Montogi cabut pokok kelapa yang besar hanya dengan menggunakan tangan.

Pakcik Bakar ini walaupun dipulaukan oleh ramai orang setempat kerana fahaman politiknya tetapi rezekinya murah, dia mempunyai lebih 70 cucu, lebih 30 cicit, sekali berkumpul semua ahli keluarganya kena sembelih seekor kerbau.

Pakcik Bakar dan Pak Mad Tabir yakin, rezeki ALLAH yang beri.

Sama jugalah dengan seorang ahli yang bersama dalam lawatan tadi. Masa pilihanraya yang lalu dia diberitahu nanti kedai bengkel motosikalnya akan rugi, orang kampung takkan hantar lagi motosikal ke kedainya untuk dibaiki. Dia yakin, rezeki ALLAH yang beri.

Lepas pilihanraya, sekarang dia tak cukup tangan untuk membaiki motosikal kerana terlalu ramai yang hantar motosikal ke tempatnya, bukan sahaja dari Rembau malahan dari Kuala Lumpur, kerana dia ni mahir dalam membaiki Superbike yang ahli DACS, ARC Negeri Sembilan sendiri tak tahu.

Alhamdulillah, pengalaman dan cerita yang sukar diperolehi. Tak sabar menunggu untuk jelajah veteran seterusnya. Mereka ini adalah merupakan teman-teman arwah saya.

20140524

Boleh tak pelajar susah masuk UiTM tangguh bayaran yuran?

Alhamdulillah, baru selesai perjumpaan dengan orang-orang kampung dan pemuda-pemuda kampung di Rembau. Antara perkara yang dibincangkan ialah permasalahan yang dihadapi di kampung sekarang ini.

Seorang wakil dari Kg Chengkau mencelah, di kampungnya ada dua tiga orang pelajar yang dari keluarga yang susah dapat tawaran masuk UiTM, tetapi tidak cukup duit nak bayar yuran kemasukan.

Amatlah rugi kalau orang Melayu dapat masuk UiTM tetapi terkandas hanya semata-mata tidak dapat bayar yuran.

Saya minta orang Kg Chengkau tadi dapatkan maklumat lanjut pelajar tadi, mana tahu dengan izin Allah, dibukakan hati Bendahari UiTM untuk menangguhkan sementara yuran pelajar tadi sementara menunggu bantuan Baitul Mal dan sebagainya.

Kalau sahabat di luar sana yang boleh berbincang dengan Bendahari UiTM harap dapat maklum kepada saya, mungkin boleh bayar ansur ke dan sebagainya.

1 Jun 2014 ialah tarikh pendaftaran. Yuran pendaftaran ialah RM 693 yang perlu dibayar melalui Bank Islam.