Isu DNA babi jangan jadi isu hangat-hangat tahi ayam. Isu
DNA babi dalam coklat Cadbury hanyalah “Tip of the ice berg” , bermaksud
mungkin masih ada banyak lagi makanan lain, syarikat lain yang tercemar dengan
DNA babi.
Kementerian Kesihatan dan JAKIM perlu mendapatkan laporan
penuh dari Cadbury apakah bahan DNA babi tersebut. Sekiranya bahan DNA babi
tersebut telah dikenal pasti, periksa makanan lain bukan sahaja di kilang
Cadbury yang menggunakan bahan tersebut.
Contoh, jika bahan tersebut ialah pengawet, siasat adakah
kilang yang mengeluarkan pengawet tersebut ada sijil halal, kalau ada, perkara
ini akan berlanjutan dan perlu di siasat untuk mempastikan adakah kilang bahan
pengawet tersebut ada mengedarkan produknya ke industri makanan atau perubatan
yang lain.
Satu jawatankuasa khas perlu ditubuhkan untuk menyiasat isu
DNA babi ini yang melibatkan semua kepakaran.
InsyaAllah, saya menawarkan diri untuk membuat “traceability”
terhadap DNA babi ini dan saya percaya ramai professional di luar sana akan
menawar diri secara percuma demi kepentingan umat Islam di Malaysia ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan